LadyRose writes:
Puasa
Ramadhan tiba semula
Bagi umat Islam, bulan ini dianggap bulan yang mulia
Bulan bagi meningkat amalan dengan Yang Maha Esa
Bulan yang juga bagi menebuskan dosa-dosa
Bulan dimana Umat Islam akan membuat apa sahaja
Bagi mendapatkan ganjaran dari Tuhan Yang Maha Berkuasa
Ada juga yang berkunjung ke Mekah
Kerjakan Umrah
Kerana hendak meningkatkan ibadah
Syariat, akhlak sangat dijaga takut salah
Semua perintah Tuhan dibuat tanpa gundah
Selama sebulan Ramadhan, alhamdulillah
Nampak perubahan luaran dalam mengerjakan ibadah
Tetapi dalaman hanya diri sendiri yang boleh mengubah
Inilah aktiviti manusia yang bergelar insan
Disepanjang bulan Ramadhan
Berpuasa menahan diri dari minum dan makan
Kalau yang mempuinya sedikit ilmu, akan menentukan
Segala perbuatan dan kelakuan
Dipelihara agar tidak melanggar perintah Tuhan
Tetapi yang menghairankan
Kenapa iya-iya sangat menjaganya hanya dibulan Ramadhan
Habis bulan Ramadhan
Tak tahu macamana pula tindakan
Puasa
Bagi umat Islam dimana-mana
Sangatlah membesar-besarkan bulan yang dianggap mulia
Dari bulan-bulan yang lain nya
Bulan ini dianggap sangat istimewa
Sehingga kita sanggup lakukan apa sahaja
Untuk merai dan merayakannya
Sunat terawikh dimana-mana
Masjid, surau penuh dengan manusia
Terutama 15 hari yang pertama
Semakin nak habis ramadhan akan susutlah kehadiran mereka
Kerana masing-masing sibuk nak balik kampung meraikan syawal pula
Apakah erti puasa yang sebenarnya
Kalau menahan diri dari makan, minum sahaja
Ini bukan namanya berpuasa
Ini menahan diri kita namanya
Kalau menahan mata dari melihat kemungkaran manusia
Kalau menahan telinga dari mendengar bualan yang tidak sepatutnya
Kalau menahan mulut dari bercakap yang sia-sia
Kalau menahan perbuatan dari berbuat sesuatu yang luarbiasa
Ini juga bukan puasa namanya
Ini namanya mencegah diri dari melakukannya
Sekiranya inilah fahaman kita
Kita tak perlu menunggu ramadhan untuk lakukannya
Bulan-bulan lain juga wajib kita menahan dan mencegahnya
Apakah erti puasa sebenarnya
Dari sisi Tuhan Yang Maha Berkuasa
Mari kita bercerita
Puasa
Tuhan kata
Menahan dan mencegah diri dari melakukan segala larangan Nya
Dan melakukan segala perintah Nya
Ini makna puasa yang sebenarnya
Puasa sebegini menahan dan mencegah luaran dan dalaman kita
Puasa ini berjalan setiap detik dalam kehidupan kita
Bukan di bulan Ramadhan sahaja
Bulan Ramadhan sebenarnya
Hendak meraikan kejayaan mereka yang berjaya
Menahan dan mencegah diri dari melakukan larangan Yang Maha Esa
Sepanjang setahun mereka mengamalkannya
Jadi bulan Ramadhan Tuhan jadikan untuk mereka meraikannya
Kerana ianya kemuncak penahanan dan pencegahan nafsu manusia
Dari melakukan segalan perintah dan larangan Yang Maha Kuasa
Bila syawal menjelma
Bermula lah pula tahun yang baru untuk melaksanakan kerja yang sama
Malah ditingkatkan lagi amalan kita
Fahamlah kita
Bahawa ramadhan bukan sebenarnya hendak meningkatkan ibadah kita
Ia adalah kemuncak penahanan dan pencegahan nafsu kita
Sepanjang setahun kita menunaikan perintah Yang Maha Esa
Dan meninggalkan larangannya
Jadi tak perlulah kita terlalu mengejar ganjaran di bulan puasa
Kerana ganjaran kita dikira sepanjang hayat kita
Samada melakukan atau meninggalkan perintah Tuhan Yang Maha Kuasa
Ingat ! Saudari dan saudara
Erti sebenarnya puasa
Puasa yang sebenarnya
Adalah menahan dan mencegah diri dari melakukan laranganNya
Dan melaksanakan segala perintah Tuhan Yang Maha Kuasa
Ini puasa yang sebenarnya
Dan ianya berjalan pada setiap detik dalam kehidupan kita
Selamat Membaca
Nukilan:
Dato’ Md Dakhiyar Hj Amir DSSA DMM BCK PPA
311310 Ogos 2008