 |
| Masuk
|
| Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. |
|
| Siapa Online?
|
There are currently, 6 guest(s) and 0 member(s) that are online.
You are Anonymous user. You can register for free by clicking here |
|
|  |
| Agama / Tazkirah: Air musoffa - Kenali Air Paling Ajaib Di Dunia ... |

AIR MUSOFFA 'Kaedah rawatan pinggan putih' - menghidupkan kembali amalan ulama silam dalam ikhtiar perlbagai hajat dan penawar bagi sebarang penyakit zahir dan batin.
AL-QURAN Terkandung didalamnya rahisa bagi segala rahsia, hikmat bagi segala hikmat, penawar bagi segala penawar seperti yang disebut didalam surah Al Isra-ayat 82 ' ... dan kami turunkan Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi mereka yang beriman '
ZA'FARAN Adalah stigma yang dikeringkan daripada bunga-bunga Za'faran dan dikenali sebagai bahan rempah yang terbaik (King Of Spices) yang terwangi dan termahal didunia. Digunakan secara meluas diseluruh dunia terutama di Timur tengah bagi tujuan melazatkan makanan dan dianggap bahan terbaik untuk kesihatan, perubatan, alat solek, masakan. minyak wangi, bahan pewarna dan lain-lain serta menjadikan ia produk yang berjenama mahal.
APAKAH AIR MUSOFFA? Air musoffa dalah gabungan istimewa larutan daripada penulisan ayat-ayat suci Al-Quran serta doa-doa pilihan dengan menggunakan za'faran sebagai dakwat yang ditulis didalam pinggan putih serta pena penulisan daripada ranting kayu.
Sejarah Musoffa - adalah perkataan arab yang membawa maksud 'suci yang disucikan'. Kaedah ini juga dikenali sebagai 'rawatan pinggan putih' dikalangan para ulama yang mengamalkan perubatan cara islam dan merupakan amalan para sahabar Rasulullah yang diwarisi dari generasi ke generasi senhingga kehari ini dengan menjadikan ia sebagai ikhtiar mendapatkan segala hajat dan ikhtiar penyembuhan penyakit zahir dan batin.
RUJUKAN Dengan merujuk Lembaga penasihat Syariah NAQIA, usaha ini mendapat pemantauan didalam pelaksanaan dan objektifnya bagi memastikan ianya menepati kehendak syariat. Selain daripada itu usaha ini juga telah mendapat restu dan sokongan daripada para-para Mufti Negeri serta beberapa golongan ulama dan pengamal perubatan Islam seperti Professor Dato Harun Din dan Dr. Amran Kasimin.
Kajian ini juga tidak terkecuali daripada banyak merujuk kepada kitab-kitab Arab tua, Kitab zaman Ibnu Sina, Buku-buku agama karangan penulis-penulis agama dan para-para ulama serta beberapa maklumat yang didapati daripada Internet mengenai khasiat ZA'FARAN
KAEDAH PEMBUATAN Air ii dihasilkan melalui kaedah tradisi para ulama yang mementingkan kehalusan dan kesucian adab-adab pembuatan, penuh ketelitian bagi menghasilkan sumber keberkatan. Dengan kemahiran menulis bahasa Arab, disertai dengan hati dan fikiran yang penuh tumpuan dan khusyuk serta tahap kesabaran yang tinggi.
Kaedah ini diyakini menjadi senjata paling ampuh untuk ikhtiar perlbaai hajat serta penawar sebarang jenis penyakit zahir dan batin, serta mempunyai kemujaraban yang unggul dan terbukti berkesan asalkan setiap penggunaan diniatkan dengan penuh keyakinan.
KAEDAH-KAEDAH SEBELUM PEMPROSESAN AIR MUSOFFA
Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan kami turunkan dari al-Quran sebagai penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Quran tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.. ( Surah Al-Isra’ 82 ).
Bertitik tolak daripada firman Allah SWT diatas, rahmat penurunan al-Quran kepada hambanya adalah bersifat kompleks.Ia mencakupi segala aspek kehidupan yang mengatur setiap perincian hidup hambanya di atas muka bumi ini. Keagungan mukjizat al-Quran yahng sarat dengan 1001 rahmat bukan sahaja sebagai petunjuk malah ianya juga adalah penawar kepada pelbagai penyakit.Persoalannya,sejauhmana mukjizat dan kelebihan al-Quran itu dimanfaatkan oleh manusia dengan penuh keyakinan sebagai penyembuh.
Dalam Kaedah Rawatan Penulisan Ayat-Ayat Al-Quran menggunakan pinggan putih ini yang telah terbukti sandaran asalnya adalah jelas dan tidak boleh dipertikaikan lagi kerana sebahagian besar ulama’-ulama’ muktabar telah muafakat tentang keharusannya dan kami cuba untuk mengenengahkan kaedah rawatan ini. Adapun proses pengendalian dan penulisan air musoffa ini amatlah teliti dan cermat dengan mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Dalam proses menghasilkan kaedah rawatan ini,beberapa adab dan tatatertib amat dijaga .
Diantara Adab-Adab Yang Ditetapkan Dalam Proses Penghasilan Dan Penulisan Air Musoffa Ini Ialah :
1.Mengikhlaskan Niat. Menjadikan kerja-kerja ini adalah ibadah kepada Allah SWT dengan meletakkan niat yang ikhlas dan memohon keberkatanNYA.
2.Melakukan Solat Hajat,Doa dan Zikir : Proses persediaan sebelum menulis ayat-ayat suci al-Quran,setiap penulis hendaklah melakukan solat hajat dengan memohon rahmat dan keberkatan dari Allah SWT dan meletakkan bahawa usaha ini adalah langkah Ikhtiar semata-mata dari hambanya yang Kerdil,adapun penyembuhannya adalah dari Allah SWT.
3. Membaca al-Quran Dan Menghayatinya ( Tadabbur ) : Membaca al-Quran sekaligus menghayati makna-maknanya sebenarnya adalah memberikan kekuatan kepada roh dan jiwa manusia. Penulis diwajibkan membaca al- Quran dan melakukan sedikit ulangkaji tafsir pada ayat-ayat yang hendak ditulis,agar setiap makna ayat-ayat yang ditulis itu dapat difahami.
4. Khusu’ : Adab semasa menulis hendaklah memberikan perhatian dan tumpuan yang serius dan menggangap ianya juga adalah ibadah disamping menjauhkan unsur-unsur lalai dan sebagainya.
5. Mewujudkan Ruang Persekitaran Penulisan Yang Islamik : Tempat atau persekitan penulisan amatlah dijaga dan dijauhi dari segala unsur yang negatif seperti hiburan dan sebagainya .Ini kerana proses untuk meraih keberkatan ianya amat sensitif dan amat menitikberatkan persoalan tentang kejiwaan ( roh ).
6. Berwudhuk : Semasa melakukan penulisan,penulis adalah diwajibkan sentiasa berwudhuk.
Diantara etika Kebersihan yang telah digariskan oleh pihak syarikat dalam mengendalikan proses penulisan air musoffa ini adalah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Biro farmasi dan Kementerian Kesihatan bagi menepati undang-undang serta mutu kawalan pemakanan dan Perubatan Malaysia,antaranya :
1.Memakai penutup muka,sarung tangan dan penutup kepala. 2.Menggunakan air panas bagi setiap pembersihan peralatan penulisan. 3.Sentiasa menutup pintu dan cermin bagi menjauhkan bakteria. 4.Membersih dan mencuci habuk-habuk di meja penulisan . 5.Menggunakan air mineral bermutu tinggi yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan..
AIR MUSOFFA - RAWATAN BERASASKAN SAINS DAN LOGIK
AIR Tubuh badan manusia mengandungi 70% air dimana ianya berperanan menentukan kesihatan, watak, akal dan sahsiah keperibadian diri manusia tanpa disedari. Justru, air menjadi simbol kebahgiaan yang sangat istimewa kepada manusia dan semua makhluk Allah serta menjadi medium utama yang amat berkesan digunakan dalam apa jua konsep perubatan terutama perubatan islam.
MOLEKUL Kajian sains terkini mendapati air mempunyai wajah molekul yang berubah-rubah mengikut situasi tertentu samaada cantik dan berkilau seperti wajah kristal atau pun buruk dan menggelikan seperti kulit katak puru. Kajian ini telah memberikan ilham yang cukup simbolik kepada Prof dr ZAMILA Hussin, yang menjadi PENGASAS USAHA AIR MUSOFFA yang menghubungkaitkan kajian molekul air ini dengan peradaban kehidupan manusia hari ini.
AURA Rahsia yang terdapat didalam AIR kini telah dapat banyak mengungkai persoalan tersirat yang berlaku pada kehidupan manusia mencakupi alam kemanusiaan dan ketuhanan. Logika yang terhasil daripada AIR yang indah akan membentuk molekul yang cantik dan dengan itu akan membina medan tenaga yang aktif dinamakan sebagai AURA. Aura yang sedia ada dalam diri manusia memudahkan penyerapan air yang mempunyai aura dari mukjizat AlQuran dan pertembungan aura ini memberi ketenangan pada jiwa manusia yang sekaligus mengungkai penyakit zahir dan batin manusia. Kekuatan aura yang ada pada diri seseorang manusia akan mampu merobah keseluruhan hidupnya mencakupi kerjaya, kesihatan, ilmu, rezeki dan pergaulannya.
KEISTIMEWAAN AIR MUSOFFA
Minuman aura yang sangat istimewa dihasilkan dengan penulisan dan bacaan 30 juzu Al Quran dan doa-doa penyembuh di dalam pinggan putih menggunakan pena unik dari ranting kayu terpilih dan herba zafaran yang berkualiti sebagai dakwat dengan campuran air zam-zam dan ditulis oleh para Al hafiz berijizah dari MADINAH,MESIR,MALAYSIA,DLL yang menjiwai keseluruhan proses penulisan dengan adab-adab islam dan menepati kebersihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Air musoffa juga merupakan kaedah ampuh yang sangat berkesan didalam proses pembersihan rohani, dan kesihatan tubuh badan merangkumi akal manusia. Ia berperanan membentuk semula molekul air didalam tubuh badan menjadi cantik dan indah sehingga ianya mampu mencapai ketenangan didalam jiwa.
Ketenangan inilah yang menghasilkan pergerakan aktif peningkatan aura sehingga mampu menolak segala aura negatif dan bahan toksin didalam tubuh, menguatkan imunisasi tubuh, menceriakan wajah, memberikan semangat baru, menstabilkan hormon dan memperbetulkan sistem saraf tubuh seterusnya memperbaiki kesihatan secara dalaman dan luaran.
Dengan mengambil keberkatan kaedah Ulama silam, AIR MUSOFFA dihasilkan dengan kaedah sufi dan berteknologi bagi mengimbangkan keperluan masyarakat hari ini yang memerlukan rawatan yang dapat memenuhi masaalah mental, fizikal dan spritual.
PENGGUNAAN Air Musoffa berfungsi mengikut niat, doa dan keyakinan. Untuk minuman kesihatan, jadikan sebagai minuman amalan setiap hari bagi menstabilkan aura didalam tubuhbadan. Tiada sukatan khusus kerana ia bukan ubat. Jika perlu dicampur dengan bahan minuman atau makanan, pastikan air musoffa tidak dimasak bersama. Jika perlu menambah air, muliakan air ini dengan menuang dari atas kepada air lain.
Bagi yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik serta hajat yang penting, gunakan secara kerap dan maksimum. Lakukan selama 7 hari berturut-turut untuk kesan yang terbaik. Boleh disapu pada anggota yang lumpuh, sakit, cedera, luka melecur, berpenyakit kulit dan sebagainya. Boleh dibuat seperti minyak urut bagi sakit sendi, saraf, lenguh dan sebagainya. Boleh direnjis pada semua bahagian rumah, kenderaan, kebun dan persekitaran yang perlukan keselamatan. Ini bagi memastikan aura persekitaran baik dan dapat mengelakkan malapetaka, menjauhkan daripada gangguan aura negatif seperti gangguan sihir, manusia zalim serta ikhtiar untuk mendapat keberkatan dan rahmat Tuhan.
Boleh dititik didalam telinga atau mata yang bermasalah dengan kadar yang sesuai. Boleh di buat mandi dengan kadar menjirus air daripada kepala terus kebadan serata mungkin sebagai bilasan terakhir. (Tidak perlu menambah air lain dalam baldi dan menadah) Ikhtiar ini untuk masalah kronik dan tertentu saja.
ADAB UNTUK KESAN YANG TERBAIK Pastikan niat, doa dan keyakinan penuh kepada kehebatan mukjizat AlQuran kerana Allah. Banyakkan selawat untuk memohon shafaat Rasulullah Baca Bismillah dan Fatihah. Memuji dan bertasbih kepada Allah dan Rasulullah Berdoa dengan perasaan rendah diri dengan hati penuh harap. Tips tambahan bagi yang berpenyakit kronik– banyakkan berzikir dan sebut perkara yang baik2, bersedekah, makan dan minum yang suci, mohon doa daripada orang soleh dan jaga ibadah.
RENUNGAN SEJENAK Niat, doa dan keyakinan adalah kunci istimewa yang tersimpan didalam diri setiap manusia untuk membuka pintu syafaat Rasulullah dan rahmat daripada Allah untuk kemakbulan hajat dan doa.
Ikhtiar menggunakan AIR MUSOFFA hanya sekadar usaha lahir yang melengkapkan sahaja permintaan dan hajat. Dari itu, kukuhkan keyakinan dan ibadah yang dituntut bagi menghasilkan kemakbulan yang luarbiasa dengan keberkatan mukjizat AlQuran yang sangat Agung.
Pastikan rahmat Allah sentiasa bersama kita kerana setiap kemakbulan doa dan hajat ada hubungkait dengan perkara yang tersirat dan tersurat diantara manusia dengan PenciptaNya. Sesungguhnya Allah bersifat Maha Suci dan Maha Mengasihanit
AHLI LEMBAGA PENASIHAT SYARIAH
PROF.MADYA DR. HJ FAUZI BIN DERAMAN Pensyarah Di Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadis Bahagian Pengajian Akademik Dan Usuluddin Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
USTAZ AHMAD BAEI BIN JAAFAR Editor Dewan Agama Dan Falsafah Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd Sarjana Muda Syariah Dan Undang-Undang Yayasan Pengajian Tinggi Islam, Kelantan Darul Naim
USTAZ HJ IBNOR AZLI BIN IBRAHIM Pensyarah Di Jabatan Syariah Dan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi Sarjana Muda Syariah, Al-Alia Islamic Universiti Of Medina, Saudi Arabia Dip.PK.GI FBI, S.P.I – FPI ,UKM
USTAZ GHAZALI BIN HJ IBRAHIM Perunding Eksekutif Pusat Zakat Selangor Sarjana Muda Syariah ( Fiqh Dan Usul Fiqh ) Universiti Saddam, Baghdad, Iraq.
|
Posted by: admin on Friday, August 29 @ 06:40:32 EDT
|
|
|
| |
|
| "Masuk" | Login/Create an Account | 0 comments |
|
| | The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content. |
|
|
|
No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
|  |