AL-FALAK
atau Astronomi merupakan satu bidang ilmu yang begitu kompleks dan
rencam untuk dihuraikan, malah keterbatasan daya fikiran menyebabkan
manusia tidak dapat mengkaji sesuatu perkara dengan lebih mendalam.
Secara
tidak langsung, Al-Falak mempunyai kaitan dengan hukum alam yang
dicipta Allah s.w.t bagi berlangsungnya siang dan malam. Namun, apa
yang membimbangkan, kita sering diwarnai dengan pelbagai terjahan
fenomena yang seharusnya sebagai satu iktibar buat kita semua.
Fenomena
matahari terbit dari barat merupakan satu kejadian yang membuatkan
pakar-pakar sains berfikir bagi mencari dan mengkaji akan punca
kejadian ini. Ianya juga telah mula diperkatakan sejak 1400 tahun
dahulu. Daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w telah
bersabda (yang bermaksud): “Tiga
perkara, apabila zahir kesemuanya, tidak akan memberi manfaat iman
seseorang itu. Sama ada yang tidak pernah beriman sebelum itu atau
imannya tidak memberi kebaikan terhadap dirinya. (Iaitu) ketika
matahari terbit dari arah barat, Dajjal dan Daabatul Ardh (sejenis
makhluk dari dalam bumi).” (Riwayat Muslim)
Sejauh manakah kebenaran fenomena ini? Ikuti wawancara HAPPIS BASHA bersama pakar astronomi negara, PROFESOR DR. MOHD ZAMRI ZAINUDDIN, mengenai fenomena ini.
Ybhg. Prof, apakah yang dimaksudkan dengan ’Retrograde Motion’ sehingga ada yang menyatakan bahawa matahari akan terbit dari sebelah barat?
’Retrograde Motion’
merupakan satu istilah sains atau lebih tepat dengan pergerakan orbit
yang berlawanan. Seperti yang sedia maklum, planet-plenet terdiri
daripada Marikh, Musytari, Zuhal, Zuhrah, Utarid, Uranus, Neptun, Pluto
dan Bumi. Gerakan planet ini mengelilingi orbitnya sendiri. Bagi
Marikh, ia mengambil masa dua tahun mengelilingi matahari berbanding
bumi yang hanya mengambil masa satu tahun. ’Retrograde Motion’ ini berlaku apabila Marikh dan Bumi berada opposition
atau bertentangan di mana pada suatu ketika Marikh kelihatan
seolah-olah bergerak dari barat ke timur. Ini terjadi kerana pergerakan
orbitnya yang condong. Ia terjadi setiap dua tahun di mana kelihatan
planet Marikh seolah bergerak dari barat ke timur dan bukan dari timur
ke barat.
National
Aeronautic and Space Administration (NASA) ada menyatakan bahawa planet
Marikh telah mengalami fenomena ini. Sejauh manakah kebenaran fenomena
ini dan adakah matahari telah terbit dari sebelah barat di Marikh?
Apabila
kita melihat daripada Bumi, seolah-olah Marikh bergerak dari barat ke
timur. Tetapi apabila kita berada di Marikh, pergerakan orbitnya masih
bergerak dari timur ke barat. Seperti yang kita ketahui, planet ini
mempunyai 75 peratus ketumpatan berbanding Bumi, dan tidak mempunyai
medan magnet sekuat Bumi. Kejadian matahari terbit dari barat di Marikh
masih belum terjadi dan masih di dalam kajian dan penyelidikan para
saintis dunia.
Apakah pandangan atau kajian saintis mengenai kejadian ini dan adakah ia boleh berlaku kepada bumi dengan cara yang lain?
Ia
boleh berlaku dalam keadaan Bumi dilanggar komet yang besar, lalu
beralih pusingan orbitnya dari barat ke timur. Dari sudut yang lain
pula, ia boleh terjadi kerana matahari merupakan bintang yang besar dan
ia boleh mengembang dan membesar apabila matahari membakar keseluruhan
hidrogen di dalamnya dan menjadi red giants
atau gergasi merah. Malah pengembangan ini akan merangkumi orbit Utarid
dan orbit Kejora sehingga ia akan menghampiri dengan Bumi dan dikatakan
sejengkal berada daripada kepala manusia. Saintis menjangka matahari
berusia 5,000 juta tahun dan pembakaran hidrogen ini juga dijangka
mengambil masa sehingga 10,000 juta tahun, malah ia turut membimbangkan
para saintis jika ia berlaku dalam masa yang terdekat.
Adakah kejadian fenomena ini telah dijangkakan atau satu keganjilan dalam ilmu astronomi?
Ia
bukanlah satu keganjilan dalam dunia sains, *****a ia terlalu kompleks
untuk dikaji dan diketahui bila ianya akan berlaku. Seperti yang kita
ketahui, saintis Barat juga mengakui kebenaran matahari akan terbit
dari sebelah barat dan ia akan berlaku kepada semua planet termasuk Bumi sendiri.
Apakah implikasi besar kepada pergerakan Bumi jika fenomena ini terjadi?
Pergerakan
Bumi masih lagi seragam dan stabil. *****a jika dibandingkan dengan
Marikh, orbit Bumi lebih kecil daripada Marikh kerana Bumi berada dekat
dengan matahari. Malah pergerakan bumi dipengaruhi oleh graviti bulan
dan matahari kerana bulan berkaitan dengan proses air pasang surut
laut. Jika berlaku sebarang kejadian atau perubahan pada bulan ia turut
memberi kesan kepada Bumi yang akan mengakibatkan ketidakseimbangan
sistem kepada Bumi.
Bolehkah para saintis mentarifkan bila akan berlakunya fenomena ini?
Fenomena
ini masih di dalam kajian dan dijangka pada 2014 nanti satu komet yang
besar akan berada lebih kurang 40 km laluannya dari Bumi. Ini sedikit
sebanyak akan memberi kesan kepada Bumi, malah penemuan kawah tinggalan
asteroid di Chicxuclub, Semenanjung Yucatan kira-kira 322 km di Barat
Cancun, Mexico, pada tahun 1991 telah membuktikan bahawa perkara ini
pernah terjadi. Kawah dengan diameter selebar 160-240 km ini tidak
dapat dilihat dengan mata kasar kerana diliputi sedimen sejak jutaan
tahun lalu. Komet adalah asteroid yang merupakan objek angkasa bersaiz
kecil dan tidak mempunyai bentuk yang khas. Permukaannya beku serta
mengumpul debu dan batuan kecil dari angkasa dan jika ia sebesar
gelanggang tenis kekuatan hentamannya pada Bumi adalah lima kali ganda
daripada letupan atom yang berlaku di Hiroshima.
Sumber:
http:.//islamhadhari.net