 |
| Masuk
|
| Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. |
|
| Siapa Online?
|
There are currently, 5 guest(s) and 0 member(s) that are online.
You are Anonymous user. You can register for free by clicking here |
|
|  |
| Bongkar!!!: Bahaya Pemikiran Sayyid Qutub |

Melalui
pelbagai kajian, penelitian dan tulisan para ulama, mereka akhirnya
telah mengeluarkan suatu fakta dan fatwa yang begitu mengejutkan dunia
dakwah di dunia Islam masa ini iaitu berkenaan siapakah sebenaranya Ikhwanul Muslimin dan bagaimanakah fikrah para tokoh-tokohnya yang sebenar.
Pelbagai tulisan dari para ulama telah dihasilkan dan disebarkan bagi menerangkan kepada umat bahawa Ikhwanul Muslimin
adalah sebuah pertubuhan yang di atas namakan dengan perjuangan Islam
tersebut sebenarnya adalah sebuah pertubuhan/kumpulan yang mana
pemikiran-pemikiran yang terhasil dari kalangan tokoh-tokoh utama
mereka sebenarnya amat membahayakan dan menyimpang dari hakikat Islam
yang sebenar.
Perjuangan Ikhwanul Muslimin
suatu ketika dahulu amat gah dan cukup dikenali oleh sebahagian besar
umat Islam. Namun, hakikatnya, matlamat, usaha perjuangan dan nama
bukanlah suatu fakta yang haq untuk menyatakan bahawa mereka dari
kelompok yang benar jika jelas ia menyanggahi kebenaran. Kita sebagai
umat Islam dari kelompok Ahlus Sunnah yang bersikap adil, makanya
sama-sama kita nilaikannya berdasarkan hujjah dan dalil yang tepat
berdasarkan kefahaman para ulamanya umat, terutama berdasarkan
kefahaman para ulama dari golongan generasi awal di atas manhaj
al-Qur’an dan Sunnah yang tepat. Lalu, tidak sewajarnya kita cepat
melenting dan melatah.
Makanya, dengan ini, kemungkaran dan penyelewengan mereka (Ikhwanul Muslimin)
terhadap agama akan terus didedahkan kepada umum, agar kita semua
menjadi celik dan segera menjauhi peyimpangan-penyimpangan pemikiran
mereka yang berbahaya kepada aqidah dan kesatuan umat Islam masa ini.
Sayyid Qutub Secara Ringkas
Dilahirkan
di Mesir, sebuah perkampungan bernama Musha, pada 8 Oktober 1906. Dan
mendapat pendidikan awal di perkampungan yang sama. Memiliki kelayakan
sebagai tenaga pengajar dalam bahasa Arab dan ijazah dalam bidang Seni
dan falsafah. Terkenal sebagai penulis dan pejuang pertubuhan/gerakan Ikhwanul Muslimin.
Hasil karyanya yang cukup terkenal adalah Fi Dzilalil Qur’an dan
Ma’alim Fi at-Thariq. Pernah bertugas sebagai tenaga pengajar. Pernah
mendapat pendidikan di barat selama beberapa tahun dan beberapa tempat
yang lain, termasuk di Colorado State College of Education (sekarang
dikenali sebagai University of Northern Colorado). Menyertai
pertubuhan/gerakan Ikhwanul Muslimin
pada sekitar tahun 1950 dan menjadi seorang penulis dan pemikir.
Sekaligus merupakan seorang tokoh utama dalam gerakan tersebut.
Manhaj Qutubiyah
Qutubiyah
atau Qutubi adalah suatu fahaman yang dinasabkan kepada Sayyid Qutub
rahimahullah. Atau para pengikut Sayyid Qutub yang fanatik dan ghalu
(ta’asub) kepadanya. Meraka (Qutubiyah) adalah berakar umbi dari
pemikiran yang dibina oleh Jamaah Ikhwanul Muslimin atau sesiapa yang lahir dari hasil pemikiran Sayyid Qutub (semoga Allah mengampunkan segala kesilapannya).
Syahid
Sayyid
Qutub dan Hasan al-Banna dianggap sebagai mati syahid oleh para
pengikutnya dan mereka menyangka: “Bahawa beliau (Hasan al-Banna) hidup
di sisi Rabb-nya dan mendapat rezeki di sana” (Lihat: al-Maurid
al-‘Adab az-Zulal, Hlm. 228, oleh Sheikh Ahmad Yahya an-Najmi)
sedangkan (menurut para ulama Salaf as-Soleh) tidak boleh
memutuskan/menetapkan seseorang sebagai syahid kecuali dalam bentuk
umum (Lihat: Fathul Bari 6/90, Ibn Hajar) atau menurut apa yang telah
ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya iaitu terbunuh di medan perang
fisabilillah.
Di dalam hadis Bukhari ada dijelaskan:
“Tidak
boleh mengatakan Si Fulan syahid”. (Lihat: (1). Sahih Bukhari
(Syahadah, 2687) (2). Lihat: Syiar A’lam an-Nubala, 159-160)
Menurut Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah apabila mensyarahkan hadis riwayat Bukhari di atas bahawa:
“Tidak boleh memastikan seseorang syahid kecuali melalui penentuan wahyu”.
Menghina Penampilan Ulama
Sayyid Qutub yang digelar ulama dan syahid oleh pendukung Ikhwanul Muslimin,
semasa hidupnya gemar mengejek cara pakaian ulama yang diistilahkan
oleh beliau sebagai orang rohaniawan, pakaian rohaniawan, pemikiran
rohaniawan atau budaya rohaniawan. Sayyid Qutub lebih senang
menampilkan gaya luarannya dengan penampilan Eropah seperti mencukur
janggut, memakai topi dan lebih kerap memakai pakaian ala barat. Dia
juga menyatakan terhadap ulama dengan berkata:
“Sebahagian
syubhat yang muncul, ia dimunculkan oleh pemikiran agama dari orang
yang digelar saat ini sebagai rohaniawan. Iaitu syubhat yang merosak
Islam dan strukturnya sehingga ke dalam jiwanya. Mereka (rohaniawan)
merupakan makhluk yang paling mustahil untuk diterapkan pemikirannya
dan mustahil diikuti buah fikirannya, sama ada dari segi budaya atau
perilakunya, bahkan pakaian dan tindak-tanduknya disebabkan
kebodohannya terhadap realiti agama dan warisan penjajah”. (Lihat: معركة الاسلام والرأسمالية hlm. 63. Sayyid Qutub)
Sayyid Qutub melahirkan lagi sindirannya terhadap ulama:
“Kebodohan
yang lahir dari kebudayaan Islam tidak akan memberi tasawwur (gambaran)
Islam yang teguh, kerana mereka mengetahui dari orang-orang yang mereka
kenali sebagai para rohaniawan. Inilah kenyataan tentang Islam yang
paling buruk yang digambarkan oleh agama-agama yang lainnya”. (Lihat: معركة الاسلام والرأسمالية hlm. 63. Sayyid Qutub)
Pengikut Pemikiran Sayyid Qutub (Qutubiyun)
Berkata Syeikh Abdussalam bin Salim bin Raja as-Suhaimi:
“Qutubiyun
adalah mereka yang satu kaum membaca (mempelajari) tulisan-tulisan
Sayyid Qutub, mengambil dan meyakini sebagai kebenaran mutlak apa
sahaja yang terdapat di dalam tulisan-tulisan tersebut sama ada yang
hak (benar) atau yang batil (merosakkan)”. (Yang paling keji dan
membahayakan ke atas orang-orang Islam ialah menghidupkan pemikiran
(fahaman) Khawarij iaitu takfiri (pengkafiran) dan teori “Tauhid Hakimiyah”)
Menurut
Syeikh Abdussalam lagi: Didapati para pentaqlid dan pendukung Sayyid
Qutub sangat berlebih-lebihan apabila mempertahankan Sayyid Qutub. Jika
mereka dapati ada seseorang yang menegur kesilapannya, sekalipun
teguran tersebut benar, maka mereka akan mengeluarkan pelbagai alasan.
Syeikh Abdussalam menjelaskan:
“Sudah dimaklumi bahawa Sayyid
Qutub bukanlah seorang yang menguasai ilmu agama. Dia hanyalah seorang
penulis (sasterawan) berpegang dengan mazhab Asy’ari. Terdapat banyak
kesalahan yang keterlaluan dan keji di dalam tulisannya, malangnya
apabila Sayyid Qutub diberi teguran (oleh para ulama), para pendokong
Qutubiyah bangun membantah dengan kata-kata yang keji”. (Lihat: Fikru
at-Takfir Qadiman wa-Hadisan. Hlm. 98. Raja as-Suhaimi)
Antara fatwa dari Syeikh al-Muhaddis Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah diakhir hayatnya:
“Sayyid
Qutub tidak mengetahui tentang Islam, sama ada secara usulnya
(ilmu-ilmu dasarnya) atau ilmu-ilmu furu’. Maka saya berterima kasih
kepada al-akh (Syeikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali) kerana menunaikan
kewajipannya dengan menjelaskan dan menyingkap kejahilan dan
penyimpangan (akidah Sayyid Qutub) dari Islam”. (Lihat: Ta’liq
(komentar) Syeikh al-Albani terhadap kitab (al-Awasim Mimma fi Kutubi
Syaid Qutub Minal Qawasim) tulisan Rabi’ bin Hadi)
Ingatlah apa
yang dikatakan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah
bahawa ghulu itu: “Berlebih-lebihan dalam memberi pujian, sanjungan dan
lainnya”. (Lihat: Syarah Kasyfus Syubuhat Fii Tauhid. Hlm. 7. Muhammad
bin Soleh al-Utaimin) Sikap keji ini telah berlaku di kalangan
pendukung tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin sehingga ke taraf melatah dan melalut.
Aqidah Yang Menyeleweng
Terdapat
sebahagian pihak yang mendakwa bahawa mereka yang menjelaskan bahaya
pemikiran Sayyid Qutb ini sebagai pelampau dan extreme. Apakah Syeikh
al-Albani juga pelampau kerana menjelaskan akidah Sayyid Qutub?
Fahamilah apa yang telah ditulis oleh Sayyid Qutub yang berkaitan
dengan akidah:
“Berkenaan hal “Istiwa” Allah di atas ‘Arasy,
maka hendaklah kita mengatakan bahawasanya istiwa ertinya: Penguasaan
(Berkuasa, Memerintah) Allah atas makhluk-Nya”. (Lihat: fi Zilalul
Quran 4/2328 atau 4/3804)
Imam az-Zahabi, imam Ibn Taimiyah,
imam Ibn Qaiyim, imam Ibn Kathir, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan
ramai lagi para ulama Salaf termasuk Syeikh Ibn Bazz dan Muhammad
Nashiruddin al-Albani dengan tegasnya telah menolak dan membantah cara
takwil atau penafsiran yang dilakukan oleh Sayyid Qutub kerana
mengingkari Allah beristiwa’ di ‘Arasy.
Syeikh Abdul Aziz bin Bazz dengan ketegasannya membantah:
“Perkataan
ini adalah perkataan yang fasid. Maksud dari kalimah
“Penguasaan/Berkuasa/Memerintah” di sini adalah mengingkari istiwanya
(Allah di ‘Arasy) yang maknanya telah jelas iaitu tinggi di atas
‘Arasy. Apa yang dikatakan oleh beliau (Sayyid Qutub) adalah batil dan
ini membuktikan bahawa dia miskin dalam ilmu tafsir”. (Perkataan ini
termuat dalam keset rakaman Ibn Bazz tahun 1413)
Menurut Sayyid Quthb al-Qur’an Itu Makhluk
Sayyid
Qutub rahimahullah dalam tafsirnya Fii-Zilalil Quran telah menulis:
“al-Quran adalah suatu yang zahir, kauniyah (fenomena yang bersifat
alami iaitu sama seperti makhluk) sebagaimana bumi dan langit”. (Lihat:
Fii Zilalil Quran. 4/2328) Tafsir Sayyid Qutub ini membawa maksud
“al-Quran itu Makhluk, bukan Kalamullah”. Ini adalah akidah Jahmiyah.
Imam Abdullah berkata: Aku mendengar bapa ku berkata: Sesiapa yang
mengatakan lafazku terhadap al-Quran itu makhluk maka itu adalah ucapan
yang buruk dan kotor, itu adalah perkataan Jahmiyah”. (Lihat: السنة 1/165)
Sayyid Qutub mentahrif dan mentakwil nas-nas al-Quran sehingga diertikan al-Quran itu makhluk bukan Kalamullah.
Beliau
berkata: “Dan sesungguhnya mereka (manusia) itu tidak akan berdaya
mengarang satu huruf pun yang menyerupai al-Kitab ini, kerana
sesungguhnya ia adalah salah satu dari ciptaan Allah”. (Lihat: Fii
Zilalil Quran, 5/2719) وَهَذا الحرف (ص) من صنعة الله تعالى
“Dan huruf ini (Shaad) adalah salah satu ciptaan Allah Ta’ala”. (Lihat: Fii Zilalil Quran, 5/3006)
Sayyid Qutub meyakini al-Quran adalah “صنع الله” ciptaan Allah (makhluk), bukan Kalamullah. Keyakinan ini bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah.
Sayyid Qutub rahimahullah dalam tafsirnya lagi, fi-Zilalil al-Quran telah menulis:
القرآن ظاهرة كونية كالارض والسماوات
“al-Quran
adalah suatu yang zahir, kauniyah (fenomena yang bersifat alami iaitu
sama seperti makhluk) sebagaimana bumi dan langit”. (Lihat: fi Zilalil
al-Quran. 4/2328)
Gaya penafsiran ayat di atas ini jika
disengajakan, ia membuktikan bahawa Sayyid Qutub telah membuat
kesilapan besar di segi akidah (mudah-mudahan ia kesilapan yang tidak
disengajakan atau kesalah-fahaman orang awam terhadap uslub sastera
beliau yang tinggi), kerana kata-kata “Sebagaimana bumi dan langit” ia
menyerupakan al-Quran sebagaimana makhluk yang lainnya, sedangkan
al-Quraan adalah Kalamullah bukan makhluk yang sama sekali tidak boleh
disama atau diseku*****an dengan makhluk. Malah tafsir Sayyid Qutub di
atas ini benar-benar membawa maksud “al-Quran itu Makhluk, bukan
Kalamullah”. Ini adalah akidah Jahmiyah dan akidah mereka yang sealiran
dengan kelompok yang sesat, sebagaimana yang telah dijelaskan tentang
sesatnya akidah serupa ini oleh Imam Abdullah rahimahullah:
قَالَ
اْلاِمَامُ عَبْدُ الله : سَمِعْتُ اَبِيْ يَقُوْلُ : مَنْ قَالَ لَفْظِي
بِالْقُرْآنِ مُخْلُوْق ، وَهُوَ كَلاَمٌ سُوْءٌ رَدِيءٌ ، وَهُوَ كَلاَمُ
الْجَهْمِيَّة
Berkata
Imam al-Barbahari: “Dan bahawasanya al-Quran itu Kalamullah yang
diturunkan-Nya dan bukanlah makhluk”. (Lihat: Syarah Sunnah, hlm 4.
Matan 10) Berkata Imam Abu Ja’far at-Tahawi rahimahullah:
“Bahawasanya al-Quran itu adalah Kalamullah (firman Allah)”. (Lihat:
Syarah Akidah Thahawiyah, 1/172) Berkata Imam Ibnu Abi al-Izz
al-Hanbali: “Maka (sepakat) seluruhnya para imam mazhab yang empat dan
orang-orang Salaf dan Khalaf, mereka bersepakat bahawasanya al-Quran
adalah kalamullah bukan makhluk”. (Lihat: Syarah Akidah Tahawiyah,
1/185) I’tiqad Wahdatul Wujud (Kesatuan Wujud Allah Bersama Makhluk)Sayyid
Qutub telah menerapkan fahaman wahdatul wujud melalui kitab tafsirnya.
Beliau berkata apabila menafsirkan ayat: “Sesungguhnya ayat:
(Katakanlah bahawa Allah itu Esa!): Sesungguhnya ia menjelaskan
kesatuan zat ( وحدة الوجود). Maka tidak ada hakikat zat
kecuali hakikat zat-Nya. Dan tidak ada sesuatu zat yang sebenarnya
kecuali zat-Nya. Sedangkan segala sesuatu (zat) yang lain wujudnya
tersimpul dari (zat)-Nya yang sebenarnya”. (Fii Zilalil Quran, 6/4002) Begitu
juga dengan kitab Turkh Hasan Al-Banna Wa-Ahammul Warisin. Di dalam
kitab ini Syeikh Ayyad asy-Syamari telah mendedahkan kekejaman,
keganasan dan kemungkaran gerakan Ikhwanul Muslimin
serta disingkap segala rancangan jahat dan konspirasi mereka untuk
menjatuhkan pemimpin Islam. Disingkap dan didedahkan juga pergerakan
dakwah di dalam Ikhwanul Muslimin terutamanya yang dipemimpin oleh Sayyid Qutub, Hasan al-Banna, Umar at-Tilmisani dan yang lainnya.
Terlalu banyak buku-buku yang telah mendedahkan kemungkaran gerakan Ikhwanul Muslimin dan sikap para pemimpin mereka yang keji dan mungkar, sama ada dalam pertimbangan syara atau neraca akal yang rasional.
Perkataan Sayyid Qutub Terhadap Uthman r.a.
Sayyid
Qutub berkata tentang Khalifah Uthman: “Dia (Khalifah Uthman) mengurus
urusan-urusan yang banyak menyimpang dari Islam”. (Lihat: al-‘Adalahtul
Ijtimaiyah fil Islam. Hlm. 214)
Dalam kitab العواصم من القواصم
oleh Abi Bakr Ibnu al-Arabi, dari hlm. 217 hingga ke hlm. 234,
menggambarkan penghinaan Sayyid Qutub yang keterlaluan terhadap
Khalifah Uthman: “Kami lebih condong kepada sistem kekhalifahan Ali
radiallahu ‘anhu sebagai mengambil alih secara tabi’i dua Khalifah
sebelumnya”.
Keyakinan ini diklasifikasikan sebagai keyakinan
berbaur elemen ideologi Syiah. Namun Sayyid Qutub tidak boleh dihukum
kafir di atas beberapa kesilapannya. Selain mencela Uthman, maka antara
kesalahan Sayyid Qutub ialah mengkafirkan umat melalui kata-katanya:
“Pada hari ini tidak terdapat di permukaan bumi sebuah negara Islam,
tidak pula sebuah masyarakat Islam”. (Lihat: Fii Zilalil Quran, 4/2122)
“Telah
murtad manusia kepada penyembahan hamba (makhluk) dan merosakkan agama
serta keluar dari Laa Ilaha Illallah, sekalipun sebahagian dari mereka
masih mengumandangkan dengan mengulang-ulangi pada azan kalimah (Laa
Ilaha Illallah)”. (Lihat: Fii Zilalil Quran, 11/1057)
Inilah bentuk takfir terhadap orang Islam yang di luar kelompok Ikhwanul Muslimin.
Tauhid Hakimiyah Dan Takfir
Sayyid Qutub rahimahullah, selain mewariskan fahaman Qutubiyah Khawarijiyah dan Tauhid Hakimiyah Takfiriyah, beliau juga melahirkan ramai para pengikut/pendukung yang fanatik kepadanya di dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin. Gerakan dan fahaman Qutubiyah yang tersemai di dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin dan diterima pakai oleh tokoh-tokohnya telah berjaya menarik minat ramai masyarakat meniru perjuangan mereka.
Lihatlah antara apa yang difatwakan oleh Sayyid Qutub:
كانوا العرب يعرفون من لغتهم معنى : إله ومعنى لا اله إلا الله ، كانو ايعرفون : أن الألوهية تعني الحاكمية
“Orang-orang
Arab dahulu-kala, semuanya mengetahui melalui bahasa mereka makna Ilah
dan makna Laa Ilaha Illallah, mereka mengetahui: Bahawasanya Uluhiyah
membawa makna pada hakimiyah”. (Lihat: Fii Zilalil Quran, 11/1492)
والذين لا يفردون الله بالحاكمية فى أي زمان ، فى أي مكان هم مشركون
“Maka orang-orang yang tidak meng-Esakan Allah dalam hal Hakimiyah (hukum) di zaman apapun, di mana pun mereka, maka mereka itu adalah orang-orang musyrik”. (Lihat: Fii Zilalil Quran, 11/1492)
Perjuangan Khawarij yang diteruskan oleh Ikhwanul Muslimin
sangat menitik-beratkan cara-cara menjatuhkan penguasa yang telah
mereka hukum sebagai kafir, syirik atau zalim. Mereka menilai
ke-Islaman seseorang atau pemerintah hanya pada perlaksanaan hukum
terutamanya hudud bukan pada nilai akidah mereka. Pemahaman seperti ini
adalah mungkar kerana ia diwarisi dari sikap Zul Khuwaisirah yang
menentang Rasululullah yang dituduh tidak berlaku adil. Buah fahaman
yang dipetik dari benih yang ditanam oleh Khawarij yang menentang Nabi
sallallahu ‘alaihi wa-sallam ini adalah bertentangan dengan pemahaman
Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berpegang dengan manhaj Salaf as-Soleh
dalam mensikapi pemerintah dan orang-orang Islam. (Fahaman seperti ini
dikenali sebagai Fahaman “Tauhid Hakmiyah”, Sila rujuk link ini untuk
pejelasan lebih lanjut berkenaan Tauhid Hakimiyah: http://bahaya-syirik.blogspot.com/2007/07/isu-11-tauhid-hakimiyah-punca.html)
Sayyid Qutub melalui pelbagai tulisannya telah mengheret ramai umat kepada berbagai bid’ah pemikiran, teori, persepsi dan andaian. Bid’ah-bid’ah
ini tercipta melalui penafsiran beliau yang dihanyutkan oleh rakyunya
(pendapatnya) sehingga membawa kepada kesesatan akidah selain bid’ah ibadah, akhlak, sosial, siyasah dan iedologi songsang.
Berpunca dan juga kesan dari pelbagai bentuk pemikiran Sayyid Qutub yang bid’ah,
ia telah melahirkan fahaman yang rosak dan perpecahan yang begitu
banyak di kalangan umat Islam seperti melahirkan Jamaah Takfir
wal-Hijrah, Jamaah Jihadiyah, JI, DII, Hizbut Tahrir dan berbagai-bagai
hizb yang lainnya.
Antara teori-teori bid’ah
yang terkandung di dalam tulisan-tulisan Sayyid Qutub seperti di dalam
Ma’alim fii at-Tariq (Buku yang berunsur pengkafiran (takfiriyah) ini
telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dengan judul “Petunjuk
Sepanjang Jalan”) dan fii Dzilalil Qur’an ialah fahaman takfir
(pengkafiran) dan penghinaan terhadap umat Islam sekarang ini dengan
tuduhan sebagai masyarakat jahiliyah. Sebagai bukti Sayyid Qutub telah
berkata:
“Masyarakat yang mengaku sebagai masyarakat Islam
(sekarang ini) telah termasuk ke dalam kategori masyarakat jahiliyah.
Mereka dianggap sebagai jahiliyah bukan kerana berkeyakinan tentang
anggapannya ada ketuhanan seseorang selain Allah dan bukan kerana
mereka mengutamakan syiar-syiar pengibadatan kepada selain Allah…..
tetapi mereka masih memberikan keutamaan yang sangat utama dari sifat
ketuhanan kepada selain Allah iaitu mereka masih beragama dengan
berhukum dengan selain hukum yang diturunkan oleh Allah”. (Lihat:
Ma’alim fii at-Tariq. Hlm 101)
Menuduh umat ini sebagai:
“Termasuk ke dalam kategori masyarakat jahiliyah” samalah seperti
mengkafirkan umat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang ada
sekarang ini. Selanjutnya dia berkata:
“Apabila hal sudah jelas,
maka pendirian Islam terhadap masyarakat jahiliyah adalah berkait
dengan satu ungkapan iaitu Islam menolak pengakuan seperti itu iaitu
pengakuan keIslaman masyarakat ini secara total”. (Lihat: Ma’alim fii
at-Tariq. Hlm 101)
Selain itu, beliau (Sayyid Qutub) turut menyatakan,
إنه ليس على وجه الأرض اليوم دولة مسلمة ولا مجتمع مسلم
“Bahawasanya
pada hari ini tidak terdapat di permukaan bumi sebuah negara Islam,
tidak pula sebuah masyarakat Islam”. (Lihat: Fii Zilalil Quran, 4/2122)
فقد ارتدت البشرية الى عبادة العباد والى جور الأديان ونكصت عن لااله إلا الله وإن ظل فريق منها يردد على المآذن - لااله الا الله
“Telah
murtad manusia kepada penyembahan hamba (makhluk) dan merosakkan agama
serta keluar dari Laa ilaha illallah, sekalipun sebahagian dari mereka
masih mengumandangkan dengan mengualang-ulangi pada azan kalimah (Laa
ilaha illallah)”. (Lihat: Fii Zilalil Quran, 11/1057) Inilah
bentuk takfir (menghukum orang lain kafir) dan menghukum murtad kepada
orang Islam yang di luar kelompoknya. Inilah juga antara ciri-ciri
doktrin dan fahaman Khawarij tulin, iaitu mudah mengkafirkan orang yang
tidak menerima fahamannya. Kenyataan Yusuf al-Qaradhawi sendiri
telah menjadi saksi dan bukti bahawa Sayyid Qutub melahirkan pemikiran
takfirnya (pengkafirannya) terhadap umat Islam sekarang ini kerana ia
telah diakui oleh Yusuf al-Qaradhawi dengan fatwanya: “Pada
peringkat pengkafiran ini, yang merupakan kemuncak terakhir dari
pengkafiran Sayyid Qutub, ia tercatit di dalam tulisan-tulisannya. Di
dalam tulisan-tulisan tersebut terpancar pengkafiran terhadap
masyarakat dan perlunya penundaan dakwah untuk beralih kepada
undang-undang Islam ( hakimiyah) dan menyerukan jihad melawan seluruh manusia”. (Lihat: Aulawiyyatul Harakah al-Islamiyah, Hlm. 110, Yusuf al-Qaradhawi)
Fatwa
Yusuf al-Qaradhawi di atas yang dinukil secara amanah ini, didukung dan
dikuatkan lagi dengan kenyataan Ahmad Farid Abdul Khaliq:
“Sayyid
Qutub telah memperlekeh Nabi Musa ‘alaihissalam, mencela Khalifah
Uthman radiallahu ‘anhu, mencela sahabat, meninggalkan tauhid uluhiyah,
berakidah Asy’ariyah dalam mentakwil sifat-sifat Allah, menyebarkan
pemikiran takfir dan sebagainya”. (Supaya lebih jelas, rujuklah kepada
buku Sayyid Qutub “at-Taswirul Fanni’. Hlm. 163. Atau kitabnya “Kutub
wa-Syaksiyat. Hlm. 242)
Di dalam kitab المورد الزلال فى التنبيه على أخطاء الظلال
Syeikh Abdullah bin ad-Duwais telah mendedahkan sebanyak 182 (seratus
lapan puluh dua) kesalahan termasuk kesalahan dalam bab akidah. Apakah
pendukung, pentaqlid buta yang taksub dan mereka yang bersangatan
memuja dan memuji Sayyid Qutub dan pertubuhan Ikhwanul Muslimin
boleh memejamkan mata tentang kesalahan yang terlalu banyak ini? Apakah
Syeikh Abdullah bin ad-Duwais seorang yang bodoh? Pastinya beliau
seorang ulama besar sehingga mampu mendedahkan kesilapan Sayyid Qutub
yang sebanyak itu di dalam tafsirnya.
Jangan Mengkafirkan Mereka
Namun para masyeikh (para ulama yang bermanhaj Salaf) tidak pernah mengkafirkan Sayyid Qutub atau sesiapapun dari tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin yang menjadi sanjungan kelompok mereka sebagaimana dinyatakan oleh Syeikh Hammad al-Ansari:
“Diketika
orang ini (Sayyid Qutub rahimahullah) masih hidup maka sewajarnya dia
bertaubat, jika tidak bertaubat dia dikenakan hukuman mati kerana telah
murtad. Oleh kerana dia telah meninggal maka perlu dijelaskan kepada
umat bahawa perkataannya itu batil, namun kita tidak mengkafirkannya
kerana kita belum menegakkan hujjah ke atasnya”. (Lihat: al-Awasim
Mimma fi Kutubi Sayyid Qutub Minal Qawasim, Hlm. 24, Rabi’ bin Hadi)
Syubhat Dan Bantahan
Terdapat
sebahagian pihak dari pendukung pemikiran Sayyid Qutub rahimahullah
menyamakan beliau (Sayyid Qutub) dengan kesilapan al-Hafiz Ibnu Hajar
rahimahullah dalam persoalan takwil asma’ wa sifat. Maka, ini jawabnya:
Berkata
al-Ustaz Abdul Hakim Abdat hafizahullah dalam majlis Fathul Bari Syarh
Sahih Bukhari ketika menyentuh kesalahan al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani
dalam masalah asma’ wa sifat di dalam al-Fath, “Bahawasanya diakui
kesalahan mereka ini sebagai kesalahan ijtihadiyah bukan bid’ah, meskipun dari hasil ijtihad mereka mencul bid’ah,
kerana beberapa hal, iaitu: 1 – Lingkungan (persekitaran) mereka telah
membentuk (mempengaruhi) mereka seperti itu, 2 – mereka tidak
mengulang-ulang perbahasan yang salah tersebut dalam kitab-kitabnya dan
tidak menulis satu kitab pun yang membahasa tentang masalah yang salah
itu, 3 – jasa-jasa mereka belum tergantikan hingga saat ini, dan
kitab-kitab mereka menjadi rujukan umat.”
Bila ingin
dibandingkan: Sayyid Qutub dengan buku-bukunya selalu mengulang
kesalahan yang sama, begitu juga hasan al-Banna selalu menunjukkan
tafwidh, sufiyahnya dalam buku-bukunya. Belum lagi mereka tidak
memenuhi syarat sebagai seorang mujtahid, lalu bagaimana kita boleh
menerima kesalahan mereka sebagai kesalahan. Maka yang demikian ini
adalah salah satu bentuk kezaliman. (Rujukan: Menyingkap syubhat dan
Kerancuan Ikhwanul Muslimin, Andy Abu Thalib al-Atsary, Terbitan Darul Qolam, m/s. 185-186)
Menurut Sheikh Abu Abdillah Jamal bin Furaihan al-Haritsi:
Jika
ada yang bertanya, “Mengapa imam an-Nawawi dan Ibnu Hajar al-Asqalani
serta ta’wil mereka yang keliru itu dimaafkan, sedangkan Sayyid Qutub,
al-Banna, al-Maududi, dan yang seumpamanya tidak dimaafkan?
Maka, dapat dijawab dari dua segi,
Pertama:
Bahawa di antara dua jenis kelompok orang ini ada perbezaan yang besar,
kerana imam Nawawi dan Ibnu Hajar memiliki jasa ilmiyah dan bermanfaat
bagi umat Islam yang boleh menutupi kesalahan-kesalannya. Dan para
ulama telah menjelaskan dan memebri peringatan agar berhati-hati dari
kesalahan-kesalahan tersebut, maka bahayanya telah hilang dengan tanbih
(peringatan) ini.
Adapun Sayyid Qutub dan Hasan al-Banna, mereka
ini tidak memiliki jasa ilmiyah serta amaliyah dan tidak memberi
manfaat bagi umat Islam sebagaimana yang dimiliki oleh an-Nawawi, Ibnu
Hajar dan imam-imam besar yang lainnya.
Kedua:
Bahawa an-Nawawi dan Ibnu Hajar tidak mengajak kepada
kesalahan-kesalahannya, dan tidak mengajak untuk tahazzub
(bergolong-golongan/firqah), pengkafiran terhadap masyarakat (kaum
muslimin), penyatuan shaf di antara Rafidhah, Nasrani, Majusi, dan
firqah-firqah sesat dengan kaum muslimin dan kesalahan-kesalahannya
(an-Nawawi dan Ibnu Hajar) tidak membahayakan masyarakat, berbeza
dengan Sayyid Qutub dan Hasan al-Banna dan selainnya, mereka
beranggapan bahawa antara akidah yang rosak bahkan yang kafir dan
akidah sahihah (yang benar) yang selamat tidak ada bezanya, serta
mereka menganggap bahawa antara seorang Rafidhah, Nasrani, dan lainnya
dan seorang muslim itu tidak berbeza, dan mereka ini sungguh memberi
mudharat terhadap kaum muslimin bukan memberi maslahat, kerana banyak
orang yang ta’asub (fanatik) dengan pendapat-pendapatnya yang
menyelisihi al-Kitab dan as-Sunnah dan mereka memerangi ahlu Sunnah,
dan ini merupakan bahaya yang paling besar. (Dinukil dari Edisi
Terjemahan atas judul: Menepis Manhaj Dakwah II, oleh Sheikh Abu
Abdillah Jamal bin Furaihan al-Haritsi, Terbitan Daar as-Salaf, m/s.
37-38)
Fatwa Para Ulama Terhadap Sayyid Quthb
1 - Syeikh al-Muhaddis Muhammad Nashiruddin
al-Albani berfatwa: “Sayyid Qutub tidak mengetahui tentang Islam, baik
secara usulnya (ilmu-ilmu dasarnya) atau ilmu-ilmu furu’. Maka saya
berterima kasih kepada al-akh (Syeikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali)
kerana menunaikan kewajipannya dengan menjelaskan dan menyingkap
kejahilan dan penyimpangan (akidah Sayyid Qutub) dari Islam”. (Lihat:
Ta’liq (komentar) Syeikh al-Albani terhadap kitab (al-Awasim Mimma fi
Kutubi Sayyid Qutu Minal Qawasim) tulisan Sheikh Dr. Rabi’ bin Hadi
Umair al-Madkhali)
2 - Syeikh al-Muhaddis Muhammad Nashiruddin al-Albani berkata berkenaan pendedahan bahaya pemikiran Sayyid Qutub oleh Sheikh Rabi’:
“Semua
yang telah diperkatakan tentang Sayyid Qutub (oleh Syeikh Rabi’ di
dalam kitabnya) adalah benar dan hak. Dan hal ini membuktikan kepada
seluruh pembaca bahawa tidak terdapat pada diri Sayyid Qutub
pengetahuan tentang Islam sama ada usul ataupun furu’nya”. (Lihat:
Baraatul Ulama Ummah. Hlm. 35)
3 - Syeikh Abdul Aziz bin Bazz rahimahullah menyatakan berkenaan Sayyid Qutub yang mentahrif ayat-ayat istiwa:
“Dan ini adalah batil dan menunjukkan bahawa Sayyid Qutub miskin dalam hal tafsir”. (Lihat: Baraatul Ulama Ummah. Hlm. 30)
3 - Berkata Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad al-Badr:
“Bahawa
Sayyid Qutub bukan termasuk ulama yang dapat dikuti perkataannya dalam
masalah-masalah ilmiyah”. (Ucapan yang dirakam pada tanggal 7/11/1414)
4 - Pujian Sheikh Abdul Aziz Bin Baz terhadap Sheikh Dr. Rabi’ bin Hadi al-Madkhali yang banyak mengkaji dan membongkar sekian banyak penyimpangan dalam kepelbagaian firqah dalam dakwah, termasuk pertubuhan Ikhwanul Muslimin:
“Khusus mengenai Sheikh Muhammad Amman al-Jami dan Sheikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali, keduanya adalah Ahlus Sunnah dan aku mengenal keduanya dengan keilmuan mereka,
keutamaan mereka serta aqidah yang benar. Dr. Muhammad Amman al-Jami
telah meninggal dunia pada malam Khamis tanggal 27 Sya’ban tahun ini
(semoga Allah merahmati beliau) namun aku menasihatkan agar tetap
mengambil faedah (manfaat) dari kitab-kitab yang ditulis oleh keduanya.
Kita memohon kepada Allah agar memberikan taufiq-Nya dan agar Allah
mengampuni Sheikh Muhammad Amman dan agar memberikan taufiq kepada
seluruh kaum muslimin kepada perkara yang diredhai-Nya dan perkara yang
padanya terdapat perbaikan bagi kaum muslimin, sesungguhnya Dia adalah
Dzat yang Maha Mendengar lagi Maha dekat.” (Rujukan: Kaset al-As’ilah
as-Suwaidiyyah. Rujuk juga: Kaset Tsana’ul Ulama ‘ala asy-Sheikh Rabi’
– tasjilat Minhajus Sunnah)
5 – Diajukan sebuah pertayaan kepada Sheikh al-Albani
dalam sebuah kaset yang berjudul Liqa’ Abil Hasan al-Ma’ribi ma’a
al-Albani, yang berbunyi: “Meskipun telah diketahui sikap dua orang
sheikh yang mulia, iaitu Sheikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali dan Sheik
Muqbil bin Hadi al-Wad’i dalam memerangi kebid’ahan
dan pendapat-pendapat yang menyimpang, ada sebahagian kalangan pemuda
yang meragukan bahawa keduanya berada di atas garis salaf.”
Maka
beliau rahimahullah menjawab: “Alhamdulillah kami merasa yakin
bahawasanya para da’i di pelbagai negeri Islam yang mereka menegakkan
kewajiban fardhu kifayah (ini), yang mana sedikit orang yang bersedia
menunaikannya di masa-masa sekarang, mereka akan dicemuh kerana mereka
berdakwah dengan dakwah yang benar yang tegak di atas al-Kitab dan
as-Sunnah di atas manhaj salafus soleh ini. Maka penghinaan atas diri
dua orang sheikh ini, iaitu Sheikh Rabi’ dan Sheikh Muqbil, dua orang
da’i kepada Kitabullah dan Sunnah di atas pemahaman salafus soleh, atau
pernyataan perang dari orang-orang yang menyelisihi manhaj yang benar
ini, sebagaimana inilah yang nampak oleh semua orang, celaan kepada
mereka ini hanya bersumber dari salah satu di antara dua kemungkinan
orang: boleh jadi dia seorang yang jahil/bodoh dan boleh jadi dia
adalah pengikut hawa nafsu.”
Sheikh al-Albani
juga menyatakan bahawa: “Sesungguhnya pembawa bendera jarh wat Ta’dil
zaman ini adalah saudara kami Dr. Rabi’, sedangkan orang-orang yang
membantah beliau sama sekali tidak berada di atas ilmu selamanya,
sementara ilmu ada pada beliau. (Rujukan: Kaset al-Muwazanat Bid’atul
‘Ashr li al-Albani)
6 – Fatwa al-Allamah Sheikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah:
Sayyid
Qutub berkata dalam bukunya “Kutub wa Syakhiyah”, halaman 242, tentang
Muawiyah bin Abu Sufyan dan Amr bin al-Ash r.a., “Sesungguhnya Muawiyah
dan sahabatnya Amr r.a. tidaklah mengalahkan Ali r.a. kerana keduanya
lebih mengetahui tentang kedalaman jiwa dan lebih berpengalaman dalam
bertindak dengan tindakan yang bermanfaat dalam siatuasi-situasi yang
tepat, akan tetapi kerana mereka berdua juga lebih tangkas dalam
mempergunakan pelbagai pedang sedang Ali terikat pada akhlaknya dalam
memilih sarana untuk berkelahi.
Dan ketika Muawiyah dan
sahabatnya itu condong melakukan kebohongan, tipu daya, kecurangan,
penipuan, kemunafikan, penyuapan, dan membeli segala perlindungan, dan
Ali r.a. tidak mampu untuk mengikuti hingga ke tindakan yang paling
hina tersebut, maka tidaklah hairan kalau mereka berdua berhasil dan
Ali gagal, dan sungguh kegagalan tersebut adalah lebih mulia dari
segala keberhasilan.”
Sheikh Abdul Aziz bin Baz
rahimahullah berkata ketika beliau ditanya perkataan tersebut dan
dibacakan kepadanya, “Perkataan yang buruk, ini merupakan perkataan
yang buruk, merupakan penghinaan terhadap Muawiyah dan penghinaan
terhadap Amr bin Ash, semua itu adalah perkataan yang buruk dan mungkar.
Muawiyah
dan Amr serta orang-orang yang ebrsama mereka berdua adalah dalam
posisi berijtihad, dan yang berakhir tidak tepat, seangkan para
mujtahid apabila tidak tepat maka semoga Allah s.w.t. memaafkan kita
dan mereka.”
Seorang penanya berkata, “Perkataannya,
“sesungguhnya dalam diri mereka berdua ada kemunafikan”, bukankah
perkataan seperti ini merupakan tindakan mengkafirkan?”
Sheikh Abdul Aziz bin Baz
rahimahullah berkata, “Ini adalah salah dan keliru namun tidak menjadi
kafir, kerana sesungguhnya pencelaannya terhadap beberapa sahabat r.a.
atau salah satu sahabat r.a. adalah suatu kemungkaran dan kefasikan
yang harus diberi hukuman (kita memohon kepada Allah s.w.t.
keselamatan) akan tetapi bila ia mencela sebahagian besar atau
memfasikkan mereka maka ia keluar dari Islam kerana mereka adalah
pembawa syari’at ini, dan bila mereka dicela ertinya adalah suatu
celaan terhadap syari’at.”
Penanya berkata, “Tidakkah dilarang saja buku-buku yang ada di dalamnya perkataan seperti itu?”
Yang mulia Sheikh Abdul Aziz bin Baz berkata, “Bahkan lebih baik ia dirobek (dikoyak).”
Kemudian beliau berkata kembali, “Apakah ini ada dalam surat khabar?”
Penanya berkata, “Dalam sebuah buku (semoga Allah s.w.t. membalas kebaikan kepada sheikh).”
Sheikh Abdul Aziz bin Baz
rahimahullah berkata, “Karangan siapa?” Penanya berkata, “Karangan
Sayyid Qutub.” Sheikh Abdul Aziz berkata, “Ini adalah perkataan yang
buruk.” Penanya berkata, “Dalam buku berjudul Kutub wa Sykhshiyyat.”
(Rujukan: Syarh Riyadhus Sholihin karangan Sheikh yang mulia, hari
Ahad, 18/7/1416H). Rujuk: (فتاوى العلماء الكبارفي الإرهاب والتدمير وضوابط الجهاد والتكفير,
telah diterjemahkan atas tajuk: Fatwa-fatwa Terlengkap Seputar
Terorisme, Jihad, & Mengkafirkan Kaum Muslimin, disusun oleh Abul
Asybal Ahmad bin Salim al-Mishri, Terbitan Darul Haq)
7 – Sheikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin rahimahullah ketika ditanya berkenaan Sayyid Qutub, beliau menjawab:
“Pengamatan
saya terhadap buku-buku Sayyid Qutub adalah sangat sedikit sekali dan
saya tidak mengetahui keadaan orang tersebut, akan tetapi para ulama
telah menulis tentangnya yang bersangkutan dengan karangannya dalam
Tafsir “Fi Dzilalil Qur’an”, mereka menulis tanggapan-tanggapan
atasnya, seperti yang ditulis oleh Sheikh Abdullah ad-Duwaisy
rahimahullah, dan saudara kita Sheikh Rabi’ al-Madkhali juga menulis
tanggapan-tanggapan atasnya, atas Sayyid Qutub dalam Tafsirnya ataupun
dalam buku lainnya, maka barangsiapa yang suka untuk menelaahnya maka
baik untuk ditelaah.” (Rujukan: Kaset “al-Liqa’ al-Maftuh ats-Tsami
Baina Sheikh al-Utsaimin dan al-Madkhali di Jeddah”, kemudian
ditandatangani oleh Sheikh Muhammad dengan tanggal 24/2/1421H). Rujuk: (فتاوى العلماء الكبارفي الإرهاب والتدمير وضوابط الجهاد والتكفير,
telah diterjemahkan atas tajuk: Fatwa-fatwa Terlengkap Seputar
Terorisme, Jihad, & Mengkafirkan Kaum Muslimin, disusun oleh Abul
Asybal Ahmad bin Salim al-Mishri, Terbitan Darul Haq)
8 – Sheikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan. Sheikh al-Allamah Soleh al-Fauzan ditanya berkenaan buku “Fi Dzilalil Qur’an”.
Beliau
berkata, “Masalah membaca buku azh Zhilal masih diperdebatkan kerana
azh-Zhilal mengandungi perkara-perkara yang masih perlu diperdebatkan,
dan bahawasanya kita membuat para pemuda tergantung dengan buku
tersebut dan agar mereka mengambil pemikiran yang padanya terdapat
perkara yang perlu diperdebatkan, dan ini kemungkinan memiliki akibat
yang buruk terhadap pemikiran para pemuda. Ada tafsir Ibnu Katsir dan
tafsir-tafsir ulama salaf lainnya yang banyak sekali jumlahnya yang
sudah lebih dari cukup daripada tafsir seperti (fi zhilalil Qur’an) ini.
Pada
hakikatnya kitab tersebut bukanlah kitab tafsir namun hanya sebuah buku
yang membahas erti secara umum dari setiap surah atau al-Qur’an secara
umum. Maka buku itu bukanlah tafsir dengan makna yang difahami oleh
para ulama terdahulu dari masa yang lalu iaitu bahawasanya tafsir
adalah penjelasan akan makna al-Qur’an dengan riwayat-riwayat yang ada,
dan penjelasan tentang segala apa yang tersembunyi di baliknya sama ada
dari segi bahasanya mahupun keindahannya, dan segala yang terkandung di
dalamnya dari hukum-hukum syari’at. Dan sebelum itu semua, penjelasan
yang dimaksud Allah s.w.t. dari ayat-ayat dan surah-surah yang ada.
Sedangkan
buku fi zhilalil Qur’an adalah sebuah buku tafsiran yang umum yang
mungkin kita dapat menamakannya dengan buku tafsir yang ebrsifat
tematik iaitu di antara tafsiran yang bersifat tematik yang kita kenal
zaman sekarang ini, akan tetapi tafsir tersebut tidak dapat dijadikan
sandaran kerana bercampur dengan pelbagai perkara sufiyah dan
rangkaian-rangkaian kata yang tidak sewajarnya dalam kitabullah seperti
mensifati al-Qur’an dengan muzik dan nada-nada dan juga penulisnya
tidak prihatin terhadap tauhid ibadah, sedang hal yang sangat mengambil
perhatiannya adalah tauhid rububiyah, dan bila ia sebutkan berkenaan
tauhid uluhiyah maka ia memusatkan pada tauhid hakimiyah (perundangan), dan al-hakimiyah
tidak diragukan merupakan sebahagian dari tauhid uluhiyah akan tetapi
ia bukanlah satu-satunya tauhid uluhiyah yang diinginkan (dan ia
mentakwilkan sifat-sifat Allah s.w.t. dengan cara orang-orang yang
sesat).
Buku ini tidak boleh dijadikan sedarjat/setaraf dengan ibnu Katsir dan kitab-kitab lainnya.
Inilah
pendapat saya, dan sekiranya mengambil dari kitab-kitab salaf (kitab
terdahulu), dan kitab-kitab yang berbicara tentang aqidah, tafsir
al-Qur’an dan hukum-hukum syari’at, maka pastilah lebih sesuai bagi
para pemuda tersebut.” (Rujukan: Kaset “Majmu’ ma qalahu Ibnu Baz haula
nashihatihi al-ammah”, pertemuan dengan yang mulia sheikh, Makkah
al-Mukarramah, 9/8/1412H, yang kemudiannya diteliti kembali oleh
Sheikh). Rujuk: (فتاوى العلماء الكبارفي الإرهاب والتدمير وضوابط الجهاد والتكفير,
telah diterjemahkan atas tajuk: Fatwa-fatwa Terlengkap Seputar
Terorisme, Jihad, & Mengkafirkan Kaum Muslimin, disusun oleh Abul
Asybal Ahmad bin Salim al-Mishri, Terbitan Darul Haq)
Penutup
Tulisan
yang telah anda baca ini hanya mendedahkan sebahagian kecil dari sekian
banyak fakta-fakta yang menunjukkan penyimpangan Sayyid Qutub (semoga
Allah mengampuninya) dalam perjuangannya terhadap Islam. Untuk lebih
jelas lagi, anda boleh merujuk sendiri buku-buku karangan ulama yang
membahas dan mengkaji secara khusus berkenaan Pemikiran Sayyid Qutub
ini dan sekaligus pemikiran/manhaj Ikhwanul Muslimin bersama para tokoh-tokohnya yang lain.
http://bahaya-syirik.blogspot.com
|
Posted by: admin on Monday, August 25 @ 09:06:47 EDT
|
|
|
| |
|
| "Masuk" | Login/Create an Account | 0 comments |
|
| | The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content. |
|
|
|
No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
|  |