 |
| Masuk
|
| Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. |
|
| Siapa Online?
|
There are currently, 6 guest(s) and 0 member(s) that are online.
You are Anonymous user. You can register for free by clicking here |
|
|  |
| Ekonomi: Along Berlesen – Kerajaan bersongkokol Menindas Rakyat!!! |
Menjejaki kisah along berlesen ini, sesuatu yang trajis dan amat menyedihkan. Kita sendiri pun tidak faham apa rasionalnya kerajaan memberi lesen dan memujudkan syarikat seperti lintah darat mengirup darah rakyat ini. Kami tidak tahu apakah peraturan sebenar yang diberikan kerajaan atau mereka telah menyelewengkannya. Tetapi menurut penerangan mereka, mereka menurut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Mereka tidak berani melangar undang-undang kerana meraka berlesen.Bahkan kata mereka, kadar bunga juga sudah ditentukan kerajaan. Mereka selalu kata “kami talak suka-suka letak halaga oooo kami ala lesen’.
Cuba kita halusi bagaimana kadar bunga mereka. Kalu dilihat dari ‘name card’ dan iklan, mereka tulis 5%. Peminjam dan mereka sendiri mungkin tidak tahu apa maksud 5% itu, sama ada untuk sehari, sebulan atau setahun. Biarkanlah angka 5% itu, tapi cuba kita halusi skim bayaran balik pinjaman mereka. Ambil contoh, kita hendak pinjam RM1000.00 ringgit. Adakah kita akan dapat penuh RM1000.00 ringgit. Jawapannya tidak. Mereka akan tolak 20%. Mereka memberi alasan bahawa 20% itu ialah untuk bayaran duit peguam dan pendaftaran. Maknanya kita akan dapat RM800.00 sahaja. Mereka memberi dua tempoh bayaran balik iaitu 3 bulan dan 6 bulan. Untuk bayaran 3 bulan, peminjam terpaksa membayar RM540.00 sebulan. Ini bermakna untuk 3 bulan peminjam membayar RM1620.00. Jika dicampur dengan RM200.00 iatu 20% yang ditolak, peminjam terpaksa membayar RM1820.00. Jadi untuk mendapatkan wang RM800.00, seorang itu terpaksa membayar semula pinjaman sebanyak RM1820.00!! Jika tempoh bayaran dikira selama 6 bulan, angaran yang terpaksa dibayar semula melebehi RM2000.00 ringgit. Tidak diketahui, bagaiman formula mereka mengira kadar bunga ini. Tetapi jika difikir secara logiknya, syarikat ini diberi lessen oleh kerajaan maka sewajarnyalah mereka juga mengikut 100% atau paling kurang 90% formula pengiraan yang dibuat oleh bank, finance, syarikat kredit dan kad keredit. Sebaliknya, yang mengharukan ialah kadar bunga mereka sama seperti Along-along haram. Kadang-kadang ada syarikat berlesen ini melantik ajen-ajen dan sub-sub ajen, dan kadar bunga terus melambung-lambung setinggi awan. Peminjam yang rata golongan bumiputera berpendaptan rendah dan tidak ada wang simpanan terus menerus dicekik-cekik.
Bukan saja masalah kadar feadah, bahkan peraturan pinjaman mereka juga sanggat meragukan. Syarat-syarat pinjaman mereka selalunya ialah, peminjam misti bekerja tetap, pinjaman tidak melebihi 3 bulan gaji, ada slip gaji 3 bulan, surat akuan kerja tetap dan gaji misti melalui bank. Sebelum membuat pinjaman, peminjam akan mengisi borang lengkap tentang latarbelakan peribadi termasuk tiga nama saudara terdekat meliputi alamat dan nombor talipon mereka. Antara syarat paling pelik ialah mereka akan menyimpam buku akuan dan kad ATM peminjam. Mereka menyimpan buku akaun, untuk mengelakkan peminjam mengeluar gaji dan mereka menyimpan kad ATM pula untuk mereka mengeluarkan semua gaji peminjam untuk ditolak pinjaman bulanan. Jadi setiap bulan peminjam kena pergi ke syarikat pinjaman tersebut untuk mengambil baki gaji tetapi jika peminjam ada akaun ke dua mereke boleh ‘bank in’ dalam akaun tersebut. Persoalan sekarang, adakah peraturan menyimpan buku akaun dan kad ATM ini juga adalah peraturan yang luluskan oleh kerajaan? Bagimana jika terdapat syarikat yang meyeleweng dan menipu dengan mengambil duit gaji peminjam sewenang-wenangnya. Ini bermakan tahap keselamatan peminjam juga terlalu rendah. Disamping itu, jika ada peminjam yang gagal membayar pinjaman mereka juga mungkin bertindak seperti along-along haram juga. Mereka bukan golongan yang percaya kepada peguam dan makamah walaupun surat peguam telah ditandatangani sebelum membuat pinjaman. Penilaian ini boleh dilihat dari keadaan pakaian dan wajah-wajah mereka yang juga mirip along.
Mungkin kerana masalah along berlesen ini, maka Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting, berkata semua kelulusan dan pengeluaran lesen peminjaman wang yang baru dibekukan, sementara polis menyiasat latar belakang pemilik lesen wang sedia ada. Bakan ada badan yang dilantik seperti KPKT, JSJK Jabatan Siasatan Jenayah Komersial) dan JSJ untuk memantau along2 berlesean ini. Tidak dapat dinafikan, pihak berkuasa tidak berdiam diri. Pelbagai langkah telah diambil dan sedang diperhalusi. Antaranya ialah pemantauan terhadap 3,000 pemberi pinjaman wang berlesen di seluruh negara. Pemantauan yang dilakukan oleh pasukan petugas khas polis ini menunjukkan kesan yang positif. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuf menyatakan bahawa pada bulan Desember lalu, 60 kes melibatkan Ah Long telah diterima dan tidak sampai sebulan pemantauan dijalankan, jumlah laporan yang diterima menurun kepada 30 kes sahaja.
Sejauh mana keberkesanan pemantauan ini tidaklah diketahui. Apa yang dipantau juga tidak diketahui kerana sehingga hari ini , tidak pernah ada along berlesen ini yang didakwa di makhmah. Ini bermakan kerajaan juga bersongkokol menindas rakyat dengan menwujudkan syarikat kewangan berlesen ala along ini. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas dan memantau cara perkhidamatan mereka terutama kadar bunga dan syarat-syarat pinjaman. Jika keadaan tidak tekawal, seharusnya kerajaan menutup terus semua syarikat along berlesen ini!!!
|
|
Posted by: admin on Saturday, August 09 @ 00:00:00 EDT
|
|
|
| |
|
| "Masuk" | Login/Create an Account | 0 comments |
|
| | The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content. |
|
|
|
No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
|  |