terjah
Home Forums Downloads Your Account Your Messages Submit News Topics Logout
Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modul Utama
· Home
· Arkib Artikal
· FAQ
· Forum
· Hantar Artikal
· Maklum balas
· Private Messages
· Recommend Us
· Search
· Senarai Ahli
· Status Artikal
· Your Account
Terjah Chat Room
Geesee CHAT
Siapa Online?
There are currently, 6 guest(s) and 0 member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here
Top Posting
   petirrembat 
 Posts: 
 67 

   mankip 
 Posts: 
 30 

   pakLelah 
 Posts: 
 25 

   nora 
 Posts: 
 23 

   anis 
 Posts: 
 14 

   qaz123 
 Posts: 
 9 

   arefeeq87 
 Posts: 
 7 

   perasatiruan 
 Posts: 
 5 

   ikan_mas 
 Posts: 
 3 

   mambang 
 Posts: 
 2 

Live Massage
Shout History   
 
Terjah Hit
We received
77658
page views since July 2008

Featured Links: Free phpBB3 Forum @ Aquarium and Fish
  Sains dan Teknologi: Pegklonan Manusia, kemusnahan kemanusiaan



Bayi klon pertama, dinamakan ?Eve?, yang dilahirkan pada 26 Disember 2002, mengejutkan seluruh dunia. Selang beberapa hari selepas itu, pada 3 Januari 2003, seorang lagi bayi klon didakwa dilahirkan di Eropah.

Pengumuman mengenai kelahiran bayi klon itu diumumkan Brigitte Boisselier, ketua eksekutif dan pengarah saintifik sebuah syarikat yang dikenali sebagai Clonaid.



Clonaid ditunjangi oleh sebuah pertubuhan cult - Raelians - yang dipimpin oleh Claude Vorihon yang menggelarkan dirinya Rael. Cult berpegang kepada kepercayaan bahawa manusia sebenarnya dicipta menerusi proses pengklonan makhluk asing kira-kira 25,000 tahun lalu. Kepercayaan ini bertentangan dengan keterangan dalam al-Quran yang menyatakan manusia berasal dari Nabi Adam.

Melihat kepada latar belakang Cult yang meragukan ini, banyak pihak termasuk kalangan saintis sendiri, mencurigai kesahihan pengumuman itu. Benarkah bayi klon berjaya dilahirkan?

Hakikatnya, proses pengklonan adalah sesuatu yang tidak mustahil. Dari sudut teknologi, pengklonan boleh dilakukan walaupun kadar kejayaannya begitu kecil sekali. Malah, jika dilihat kepada sejarah perkembangan teknologi pengklonan itu sendiri, makhluk klon pertama berjaya diwujudkan pada 1961. Makhluk klon pertama ini adalah seekor katak, hasil daripada kajian yang dijalankan oleh seorang ahli zoologi di Oxford, bernama John Gurdon.

Hanya apabila ahli kaji janin di Edinburgh, iaitu Ian Wilmut, menghasilkan ?Dolly? iaitu seekor biri-biri, barulah publisiti besar-besaran diberikan kepada potensi dan kesan teknologi pengklonan. Ini kerana kelahiran ?Dolly? pada Februari 1997, menyedarkan ramai pihak bahawa kemungkinan untuk mengklonkan manusia hampir menjadi semakin kenyataan.

Atas sebab ini, kita dapati perdebatan mengenai teknologi pengklonan, khususnya untuk mengklonkan manusia, menjadi satu polemik di kalangan saintis dan pemimpin politik. Sesetengah negara dengan jelas meletakkan pengklonan manusia sebagai satu kesalahan jenayah.

Pengklonan adalah satu proses pembiakan seksual tanpa memerlukan percantuman sel jantan (sperma) dengan sel betina (ovum). Sebaliknya apa yang diperlukan ialah sel matang mengandungi kod genetik, iaitu asid deoksiribonukleik (DNA), yang dimasukkan ke dalam ovum yang tidak tersenyawa, yang dikeluarkan nukleusnya.

DNA yang digunakan ini boleh jadi daripada lelaki mahupun wanita. Ovum yang dimasukkan DNA tadi akan dirangsangkan untuk menggalakkan percantuman dan seterusnya pembahagian sel. Ia kemudian akan dimasukkan ke dalam rahim wanita.

Proses kehamilan dan kelahiran yang dilalui adalah sama seperti proses kehamilan dan kelahiran bagi manusia biasa.

Jika dilihat proses untuk menghasilkan manusia klon ini, kita dapati bahawa ia tidak memerlukan kehadiran sel sperma. Sebaliknya, yang diperlukan hanya sel ovum dan DNA daripada sel lain.

Dalam al-Quran, terdapat beberapa ayat yang menerangkan dengan jelas mengenai proses pembiakan manusia yang memerlukan kehadiran sel sperma dan sel ovum.

Bayi yang akan dilahirkan melalui proses biasa, akan mempunyai ciri genetik unik, iaitu gabungan ciri genetik dari ibu dan bapanya. Jika dilihat kepada bayi klon, ia tidak mempunyai ciri genetik yang unik, sebaliknya mempunyai genetik yang sama dengan penyumbang DNAnya. Dalam kata lain, bayi klon adalah replika genetik kepada penyumbang DNA itu.

Lazimnya, hanya kembar seiras yang mempunyai ciri genetik sama. Namun, dengan adanya teknologi pengklonan manusia ini, membolehkan klon manusia mempunyai ciri genetik yang sama dengan ?induk? yang menyumbangkan DNA.

Persoalannya, apakah hubungan di antara klon dengan induknya? Adakah ia sama seperti hubungan anak dengan bapa? Atau, adakah kerana ciri genetik kedua-duanya adalah sama, maka mereka adalah kembar?

Islam memandang berat kekeliruan ini kerana ia akan membawa kepada masalah penentuan nasab. Firman Allah bermaksud: ?Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia daripada air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa juga yang dikehendaki-Nya). (Surah Fussilat, ayat 54)

Islam sangat mementingkan soal pertalian keluarga. Islam sangat menekankan perlunya institusi keluarga itu dipelihara. Dalam konteks ini, teknologi pengklonan manusia dilihat mampu meruntuhkan institusi keluarga yang ditekankan oleh Islam.

Ini kerana dengan teknologi pengklonan manusia, peranan yang dimainkan oleh lelaki menjadi tidak lagi penting, sebaliknya wanita yang tidak berkahwin juga boleh mendapat anak. Ini tentu akan meningkatkan jumlah ibu tunggal dalam satu-satu masyarakat.

Apa yang lebih merunsingkan ialah, pasangan homoseksual juga boleh mendapat anak dengan adanya teknologi ini.

Pada awalnya, teknologi pengklonan manusia ini dilihat sebagai satu cara untuk membantu pasangan yang tidak mempunyai zuriat. Namun, sejak kebelakangan ini, jelas sekali kesan buruk yang dibawa oleh teknologi ini jauh melampaui manfaat yang dibawa olehnya.

Dengan teknologi pengklonan manusia ini, peranan lelaki dan fungsi hubungan seksual, akan menjadi sumber untuk keseronokan dan hedonisme semata-mata. Sedangkan Islam melihat hubungan di antara lelaki dan perempuan adalah satu ikatan perkahwinan yang sah, dan penting bagi tujuan mendapat zuriat.

Ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya, yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya, zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (Surah an-Nisaa, ayat 1).

Selain itu, satu lagi kesan teknologi pengklonan manusia ialah dari aspek ?mengkomersialkan? rahim wanita. Teknologi pengklonan manusia akan membuka ruang bagi wanita untuk menjadi ibu tumpang dengan ?menyewakan? rahim mereka sepanjang tempoh kehamilan untuk membolehkan bayi klon dilahirkan.

Manusia harus melihat masalah yang timbul akibat penggunaan teknologi pembiakan ?tiruan? seperti IVF, yang menggunakan ibu tumpang. Banyak pertikaian perundangan timbul disebabkan perebutan bayi di antara ibu tumpang dengan ibu bapa ?sebenar?. Apa yang jelas ialah teknologi pengklonan manusia akan membuka lebih banyak ruang untuk pertikaian seperti ini di antara ibu tumpang dengan penderma DNA.

Selain itu, teknologi pengklonan manusia juga akan memberikan ruang untuk gen diperdagangkan. Artis terkenal, intelek terkemuka dan pemimpin tersohor, berkemungkinan dapat ?memasarkan? DNA mereka kepada sesiapa yang mahu mendapat anak yang mempunyai ciri genetik yang sama dengan mereka.

Jelas, kesan yang dibawa oleh teknologi pengklonan manusia lebih banyak menyebabkan kemudaratan daripada kemanfaatan. Atas sebab inilah, Majlis Fatwa Kebangsaan, pada 2002, mengharamkan pengklonan manusia.

Ini kerana Islam adalah satu agama yang memelihara kemaslahatan (kebaikan) ummahnya. Sekiranya, sesuatu itu bertentangan dengan fitrah dan tidak memenuhi maslahah, sebaliknya menyebabkan kehancuran, sudah tentu Islam tidak mengharuskan penggunaannya.

Islam bukanlah menghalang atau menentang perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Sebaliknya Islam amat menggalakkan perkara itu. Namun, ia harus dikembangkan dalam ruang lingkup garis sempadan yang jelas di antara apa yang diharuskan dan apa yang dilarang.



 Posted by: admin on Saturday, August 09 @ 00:00:00 EDT
 
Related Links
· More about
· News by admin


Most read story about :
KENALI POKOK GHARQAD YAHUDI

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Printer Friendly

"Masuk" | Login/Create an Account | 1 comment | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Pegklonan Manusia, kemusnahan kemanusiaan (Score: 1)
by shelby49 on Friday, November 20 @ 09:20:53 EST
(User Info | Send a Message)
sex gay marrakeche videos [iowacroquet.com], zoo fille baise un cheval [www.coopbros.co.uk], maude la salope 94 videos [www.socalswana.org], extrait vieux baise jeunz gratuit [www.palgroups.com], downloader video dbz hentai [zovkov.com], salope se d fonce le cu avec une bouteille [www.propertyunknown.com], pornodes antille [mokgi.com], extrait gratuit com [www.lobby-com.de], film japonais zoophile [jackie.com.my], porno anemaux  [www.sistemasuncp.com], sexe femme vielles jupe  [auto-yug.com], femme turque m re nue [www.girlsunrestricted.com],  porno  antillais   [www.ipt-habsheim.fr], video zoophile a visionner gratuitement [www.diplomacy.evogames.ro], orgie transexuel [www.ukcardsandgames.co.uk], videos gratuit cheval baise femme [sinshi.hp.infoseek.co.jp], tube francais beurettes [www.samexpo-sm.ro], sexe entre ado et mature [theperfectwealth.com], cerca red you tub [verslista.forumx.hu], mature animal lesbian [extranet-ccpg.cybercantal.net]




  Website Engine Code: PHP-Nuke

The Simplex Theme Design: Lorkan Themes

Script Generation: 0.244 seconds  


Hakcipta www.terjah.com
email/YM Admin: my_terjah@yahoo.com

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest © 2008 by me.
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.24 Seconds