terjah
Home Forums Downloads Your Account Your Messages Submit News Topics Logout
Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modul Utama
· Home
· Arkib Artikal
· FAQ
· Forum
· Hantar Artikal
· Maklum balas
· Private Messages
· Recommend Us
· Search
· Senarai Ahli
· Status Artikal
· Your Account
Terjah Chat Room
Geesee CHAT
Siapa Online?
There are currently, 5 guest(s) and 0 member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here
Top Posting
   petirrembat 
 Posts: 
 67 

   mankip 
 Posts: 
 30 

   pakLelah 
 Posts: 
 25 

   nora 
 Posts: 
 23 

   anis 
 Posts: 
 14 

   qaz123 
 Posts: 
 9 

   arefeeq87 
 Posts: 
 7 

   perasatiruan 
 Posts: 
 5 

   ikan_mas 
 Posts: 
 3 

   mambang 
 Posts: 
 2 

Live Massage
Shout History   
 
Terjah Hit
We received
77589
page views since July 2008

Featured Links: easymath.info free webproxy @ Free phpBB3 Forum
  Sains dan Teknologi: Susu Kuda - Khasiat Hampir Sama Dengan Susu Manusia?

Di negara ini, penggunaan susu kuda untuk tujuan kesihatan dan perubatan masih kurang popular kerana kurangnya pendedahan terhadap khasiat dan kebaikannya.

Susu kuda dikatakan susu yang terbaik selepas susu ibu kerana komposisinya yang unik (protein) hampir menyamai susu manusia. Susu manusia mengandungi 87.75% air, 1.6% protein, 3.95% lemak, 6.25% karbohidrat, 0.45% mineral, manakala susu kuda mengandungi 91.5% air, 1.30% protein, 1.2% lemak, 5.70% karbohidrat dan 0.41% mineral.

Susu kuda mengandungi kandungan lemak yang rendah (polyunsatured). Ia juga mudah dicerna kerana gumpalan lemak halus dan amat baik sebagai diet pemakanan.

Laisyaa Global Sdn. Bhd telah memperkenalkan 3 produk berasaskan susu kuda iaitu sebatian susu kuda dengan koko, sebatian susu kuda dengan koko campuran Gotu Kola, sebatian susu kuda dengan beras perang, koko dan soya.

Sebatian susu kuda dengan koko mengandungi pelbagai khasiat iaitu:

* Immunoglobulins yang terdapat dalam colostrums bertindak secara khusus mempertingkatkan sistem imunisasi sebagai antibodi yang sangat berkesan.

* Laktosa (gula susu) membantu memudahkan penyerapan dan guna terus (resorption) calsium, magnesium dan phosphorus dari perut dan usus bagi membantu merawat masalah sengal sendi dan tulang (rheumatism dan arthritis). Dapat mengatasi masalah seperti keletihan otot, kekejangan, kebas, sejuk kaki dan osteoporosis akibat penuaan usia.

* Omega yang tidak terdapat pada susu lembu adalah diet minimum, penting dalam pembangunan urat saraf kanak-kanak, saraf tunjang, memperbaiki penglihatan dan juga berupaya menyelesaikan masalah neurodermatitis (masalah kulit yang kronik) dan alergi.

* Laktosa yang tinggi memberi stamina tambahan (energy booster) dan kesan terapuitik imunisasi, meningkatkan ketahanan fizikal serta mental. Menguatkan daya tahan penyakit akibat lebihan pengambilan ubat kimia, dadah atau alkohol, semasa dalam tekanan/ketegangan perasaan (depression), keletihan, penyakit tua dan masalah menopaus. Memberi kekuatan dan meningkatkan imunisasi kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan.

* Kandungan acetylcholine dalam susu kuda sangat mustahak dalam melancarkan tranmisi impulsif maklumat oleh otak dan pembangunan neuron serta saraf minda. Tinggi dalam kandungan asid amino, asid orot, vitamin dan mineral mendorong dalam perkembangan minda dan badan yang sihat.

* Choline (gula susu) bertindak sebagai pelindung terhadap steatosis hati, mencegah batu dalam hempedu, membantu mengawal berat badan, menyingkir lebihan kolesterol, menstabilkan tekanan darah, dan menjaga struktur membran agar sihat. Secara tidak langsung ianya juga mengekang terjadi aterosklerosis/ penyempitan arteri jantung dan serangan jantung akibat deposit lemak terkumpul di dalam arteri. Choline juga menghasilkan betaine digunakan oleh buah pinggang untuk mengawal kesinambungan air dalam badan.

* Albumin (protein) mencegah penyakit cirrhosis hati, ascites, edema (bengkak hati), pulmonary edema, sindrom nephrotic dan amat penting dalam percaturan biokimia kepada proses metabolisme.

* Linoleic Acid adalah berkesan mengatasi masalah pencernaan dan menghalang berlakunya gastrik ulser.

* Selenium sangat unik kerana ianya berkesan melemahkan sel yang merbahaya.

* Laktosa mengandungi ‘bifidus factor’. Ia juga dipanggil probiotic yang menyumbang kepada penjanaan bakteria utama usus yang baik (bifidobacterium, lactoferrin dan immunoglobulins). Amat berkesan bagi mengatasi masalah pencernaan makanan dan mewujudkan keharmonian dan kesinambungan flora usus. Dalam masa yang sama, organisma yang merosakkan akan dimatikan.

* Meningkatkan tenaga (tubuh) dan keinginan (semangat) seks. Memulih dan melancarkan peningkatan sistem perjalanan darah ke organ seksual lelaki dan perempuan.

Gotu Kola (pegaga) merupakan pemakanan yang menjana tenaga yang disimpan oleh badan, dan secara khusus sangat berguna membantu sistem saraf.

Gotu Kola ada kala digelar ‘food for the brain’. Di Negara barat ianya sangat popular sebagai ‘nerve tonic’ untuk mengurangkan ketegangan dan menguatkan daya ingatan.

Gotu Kola membantu mengatasi ‘stress’, memulihkan ‘reflexes’ dan meningkatkan mental dan tenaga fizikal. Selain daripada rasa yang enak produk ini mempunyai khasiat yang tersendiri. Bahan asasnya adalah ‘Cocoa Butter’ yang kaya dengan tenaga, Soya Lecithin, Glukos, Ekstrak Gotu Kola dan diperkasa dengan susu kuda.

Di antara khasiat dan kebaikannya ialah:

* Meningkatkan daya konsentrasi yang baik, meningkatkan daya ingatan (mudah mengimbas kembali maklumat yang dibaca) dan daya fokus terhadap pelajaran.

* Mengembalikan tenaga, menghilangkan rasa malas, bosan serta tidak bersemangat.

* Mengatasi fobia dan tekanan semasa berada dalam dewan peperiksaan, menghilangkan rasa gugup, takut, gementar serta berdebar-debar.

* Membantu memulihkan daya kreativiti, sentiasa berfikiran positif, ceria, meningkatkan keyakinan diri dan kebolehan berinteraksi dan bersosialisasi.

* Sentiasa merasa bersemangat, tidak mudah berputus asa dan cepat mengaku kalah.

Produk yang dirumus dari 3 jenis bahan pemakanan yang penuh dengan khasiat semulajadi iaitu kacang soya, susu kuda dan beras perang yang berkualiti tinggi amat berkhasiat untuk melancarkan sistem elimentri (gastrointestinal) organ penghadaman dan pencernaan.

Ini bermakna sistem organ yang terlibat dalam proses pencernaan (perut) dan penyingkiran sisa-sisa najis (usus) dapat berfungsi dengan lebih efisien.

Susu kuda kaya dengan pelbagai mineral dan vitamin penting seperti kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, vitamin A, vitamin C, vitamin E, Omega 3 + Omega 6, laktosa. Selain itu ia turut mengandungi antibodi yang mampu memperkasakan sistem imunisasi badan dengan menguatkan sel-sel badan untuk menahan jangkitan kuman.

Manakala kacang soya kaya dengan protein dan ‘choline’. Ia rendah lemak dan kaya dengan asid amino. Kacang soya turut membekalkan badan dengan fosforik asid dan vitamin-vitamin yang lain.

Sumber ‘isoflavones’ semulajadi untuk menolong membina otot, sel-sel kulit dan hormon. Merangsang sistem imunisasi dan mengawal tahap kolesterol serta meningkatkan kesihatan prostat.

‘Lecithin’ didapati secara semulajadi daripada kacang soya adalah sumber utama ‘choline’, nutrien yang berfungsi menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan reproduktif.

‘Lecithin’ juga memainkan peranan utama dalam membentuk sel membran dan sel tisu dalam urat saraf, hati dan limpa.

Beras perang pula kaya dengan vitamin B kompleks, mineral, klorofil, enzim dan serat B1, B2, B3, B6, B9, B12 dan biotin (vitamin H).

Vitamin B kompleks amat diperlukan semasa metabolisme dalam proses untuk mengawal lemak, protein dan karbohidrat. Ia juga melambatkan proses penuaan.

Beras perang sebagai sumber pembekalan utama Maganese, Selenium dan Magnesium. Maganese adalah pembekalan tenaga untuk melindungi dan mengawal antioksida.

Selenium memudahkan pelancaran saluran metabolik termasuk metabolisme hormon tiroid, sistem pengawalan dan fungsi imunisasi.

Magnesium mengurangkan sakit kepala dan migrain. Mengurangkan risiko masalah berkaitan dengan jantung.

Beras perang juga kaya dengan mineral seperti sodium, zat besi dan iodine untuk meningkatkan keseimbangan sistem ‘endoctrine’ dan metabolisma yang dilakukan oleh hati.

Sebatian susu kuda dengan beras perang, koko dan soya yang kaya dengan serat adalah pilihan yang bijak untuk mereka yang ingin mengawal dan mengurangkan berat badan secara semulajadi.

Ia juga kaya dengan vitamin, mineral dan nutrient menjadikan ia sebagai sumber pemakanan seimbang yang sangat diperlukan oleh badan.

Artikal dari: www.islamhadhari.net


 Posted by: admin on Saturday, August 09 @ 14:10:06 EDT
 
Related Links
· More about
· News by admin


Most read story about :
KENALI POKOK GHARQAD YAHUDI

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Printer Friendly

"Masuk" | Login/Create an Account | 0 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register


  Website Engine Code: PHP-Nuke

The Simplex Theme Design: Lorkan Themes

Script Generation: 0.229 seconds  


Hakcipta www.terjah.com
email/YM Admin: my_terjah@yahoo.com

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest © 2008 by me.
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.22 Seconds