 |
| Masuk
|
| Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. |
|
| Siapa Online?
|
There are currently, 6 guest(s) and 0 member(s) that are online.
You are Anonymous user. You can register for free by clicking here |
|
|  |
| Agama / Tazkirah: Kisah Ajaib Yusuf Estes - Paderi Amerika Yang Memeluk Islam |

Hiadayah
tidak pernah datang dengan jankaan.. Walau sehebat mana dia membenci
Islam, Namun Allah meberinya hidayat jaga untuknya memeluk Islam.
Begitulah kebenaran Islam merangkul kehidupan seorang paderi kelahiran
Amerika Syarikat (AS), Yusuf Estes hingga beliau menerima Islam sebagai
pengabadian hidupnya. Bahkan keluarga bagitu taat menganut Kristian dan
keluarganya merupakan orang pertama membena gereja di kawasa
kelahirannya Midwest.
Ramai kawan2 pelik dan bertanya, bagaimana pengkhutbah atau paderi
boleh memeluk Islam terutamanya setelah mengetahui semua perkara
negatif mengenai Islam hampir setiap hari. Dia menganggap pengislaman
ini sebagai perkara nikmat yang cukup berharga dan paling besar dalam
hidupnya, setelah menerima hidayah Allah.
Siapa yang tidak pelik dari kecil dia terasuh dengan persekitaran
Kristian.Selalu mengikut keluarga ke gereja dan dibaptiskan pada usia
12 tahun di Pasadena, Texas. Sebagai remaja, minat untuk mengunjungi
gereja-gereja lain dan mendalami ajaran dan kepercayaan Kristian
semakin bercambah. Membesar dalam sebuah keluarga yang berpegang kuat
pada agama, sedikit sebanyak membuatkan Yusuf cenderung kepada genre
muzik Gospel dan klasik. Akhirnya, beliau memilih untuk melanjutkan
pelajaran dalam bidang yang berkaitan dengan muzik dan agama. Bakatnya
itu membawa beliau dilantik sebagai paderi muzik di beberapa buah
gereja dan kemudiannya mula mengajar keyboard pada 1960. Beliau berjaya
memiliki studionya sendiri pada 1963 dengan nama Studio Muzik Estes di
Laurel, Maryland. Menurut Yusuf, ayahnya bergiat aktif dengan menyokong
aktiviti gereja terutama program sekolah di gereja dan ditahbiskan
sebagai paderi pada 1970. Kemudian ayah dan ibu tirinya mengenali
banyak paderi dan mengunjungi Oral Roberts dan membantu dalam pembinaan
Prayer Tower di Tulsa. Mereka juga adalah penyokong kuat Jimmy
Swaggart, Jim dan Tammy Fae Bakker, Jerry Fallwell, John Haggi
termasuklah musuh ketat bagi orang Islam, Pat Robertson.Selama 30
tahun, beliau dan ayahnya bergandingan menguruskan projek perniagaan
yang berasaskan hiburan dan persembahan. Beliau turut membuka stor
piano dan organ dari Texas dan Oklahoma hingga ke Florida. Akui Yusuf,
bisnesnya amat menguntungkan tetapi beliau tidak menemui ketenangan
jiwa.
Tetapi Pada masa yang sama, dia turut berminat mengkaji agama lain
termasuklah Hindu, Yahudi, Buddha, Metafizik dan kepercayaan asal orang
Amerika. tetapi dia tidak pernah mengkaji Islam secara serius
berbanding agama-agama tersebut
Namun pada 1991 ketika berumur 54 tahun, beliau menemui bahawa
kepercayaan mengenai agama Islam terkandung di dalam kitab Injil.
Baginya, ini adalah sesuatu yang amat memeranjatkan dan melampau.
Hidayah bermula pada tahun 1991, apabila beliau memulakan bisnes dengan
seorang lelaki yang berasal dari Mesir. Ayah mahu dia berjumpa
dengannya.Memang pelik, mengapa ayahnya menyeruh dia berjumpa dengan
manusia yang memeluk agama yang mengajurkan keganasan.
Walaupun tidak mahu berjumpa tetapi ayahnya tetap memaksa beliau
berjumpa dengan lelaki itu yang bernama Mohamed Abel Rehman.Bila
berjumpa, andainya hadap lelaki Islam itu meleset. Dia selalu bayangkan
lelaki islAm arab yang berjangGut dan berseban. Sebaliknya dia ialah
lelaki Islam yang moden, memakai kod dan bersifat peramah.
Kesempatan bertemu dengan Mohamed, lalu Yusuf selalu mengajukan
beberapa soalan berkaitan agama dan kepercayaan kepada Tuhan. Mereka
kemudiannya berbual panjang dan mendapati Mohamed sangat mesra dan
tidak menyampuk semasa Yusuf bercakap. Oleh itu, beliau berpendapat,
yang Mohamed akan menjadi penganut Kristian yang baik.
Buat pertama kalinya, beliau bersetuju dengan pandangan ayahnya yang
mahu melakukan urusan bisnes dengan lelaki yang berasal dari Mesir itu
dan bercadang mengajaknya untuk mengikuti trip perniagaan ke Texas.
Peluang untuk menarik Mohamed kepada agama Kristian terbuka luas
apabila Mohamed ingin berpindah keluar daripada rumah yang didudukinya
dan bercadang tinggal di masjid buat sementara waktu. Yusuf memohon
kebenaran dari ayahnya agar Mohamed tinggal di rumahnya supaya dapat
menguruskan perniagaan dengan lancar.
Kesibukan dengan perniagaan tidak menghalang Yusuf menziarah
rakan-rakan paderinya yang menetap sekitar Texas termasuklah salah
seorang rakannya yang dimasukkan ke hospital kerana diserang sakit
jantung. Beliau membawa Mohamed melawat rakannya yang terlantar sakit
itu dengan harapan dapat berkongsi pandangan mengenai agama. Tetapi
rakannya tidak berminat mengenai Islam.
Bagaimanapun suatu hari, Yusuf didatangi seorang lelaki yang berkerusi
roda dan merupakan teman sebilik rakannya. Melihat keadaan dan
sikapnya, beliau dapat mengagak bahawa lelaki tersebut dalam kesunyian
dan memerlukan seseorang untuk membantunya.
“Saya pergi kepadanya dan berkongsi cerita mengenai kisah Nabi Yunus
yang ditelan ikan paus dan tenggelam di laut tetapi tiga hari kemudian,
Nabi Yunus timbul semula dan kembali ke bandarnya dengan selamat.
Pengajaran daripada kisah di atas ialah setiap masalah ada jalan
penyelesaiannya.
“Selepas berkongsi cerita dengannya, lelaki itu memandang saya dan
memohon maaf di atas sikapnya yang kurang sopan dan pernah berhadapan
dengan masalah serius beberapa tahun lalu. Kemudian dia ingin membuat
pengakuan tetapi saya bukan paderi Katolik.
“Saya terperanjat apabila lelaki itu mengaku bahawa dia adalah paderi
Katolik yang dikenali sebagai Father Peter Jacob. Saya memanggilnya
Pete. Dia kemudiannya berkongsi kisah hidupnya dengan saya semasa
menjadi mubaligh Kristian selama 12 tahun ke serata AS dan Mexico.
Apabila dia dibenarkan keluar daripada hospital, saya mengajaknya
tinggal bersama kami. Pete turut menceritakan bahawa paderi Katolik
turut mendalami Islam dan ada sebahagiannya memiliki Doktor Falsafah
dalam bidang berkenaan,” ceritanya panjang lebar.
Sejak Pete tinggal bersama mereka, Yusuf dan keluarganya membincangkan
mengenai Kristian sewaktu makan malam sebagai usaha untuk menarik
Mohamed kepada agama tersebut. Yusuf juga menyoal Mohamed mengenai
jumlah versi al-Quran yang diturunkan sejak 1,400 tahun lalu. Mohamed
menyatakan bahawa hanya ada satu sahaja al-Quran dan tidak ada versi
yang lain. Malah al-Quran adalah kitab panduan yang diturunkan kepada
umat Nabi Muhammad s.a.w.
Selepas melalui banyak perbincangan mengenai agama, Pete berminat
mengikut Mohamed ke masjid semata-mata ingin melihat aktiviti di sana.
Mereka pulang awal dan Pete memberitahu Yusuf, tidak ada apa yang
istimewa melainkan jemaah mendirikan sembahyang di masjid dan pulang ke
rumah setelah selesai. Namun, beberapa hari kemudian, Pete menyatakan
hasrat yang serupa.
“Hari sudah larut malam tetapi mereka masih belum balik. Akhirnya
setelah lama menunggu saya terdengar ketukan di pintu dan sebaik
membukanya, saya terkejut melihat lelaki di sebelah Mohamed yang
memakai jubah dan ketayap berwarna putih dan amat mengenalinya. Rupanya
lelaki itu ialah Pete! Oh Tuhan, saya memang terkejut bagaimana Pete
boleh tertarik kepada Islam,” ujar Yusuf tentang perubahan yang berlaku
ke atas Pete.
Yusuf yang tidak berpuas hati mendapatkan isterinya untuk bertanyakan
hal tersebut. Tambah mengejutkan apabila isterinya turut tertarik
dengan Islam kerana di situ terletak kebenaran yang dicari-carinya
sekian lama. Untuk mendapatkan kepastian, beliau mendapatkan Mohamed
dan mengajaknya berbincang di luar.
“Kami keluar berjalan dan bercakap sepanjang malam hinggalah tiba waktu
bagi Mohamed untuk mendirikan solat Subuh. Ketika itu, saya tahu yang
kebenaran sudah tiba akhirnya dan kini adalah masanya untuk saya
memainkan peranan.
“Saya pergi ke bahagian belakang rumah dan mendapatkan papan lapis dan
bersujud di atasnya seperti orang Islam bersembahyang. Saya menangis
dan saya kemudiannya berdoa, ‘Ya tuhanku, sekiranya engkau ada,
berikanlah aku panduan.’
Apabila saya mengangkat kepala, hati saya mula terdetik sesuatu. Tiada
pari-pari atau burung berterbangan di langit atau bunyi muzik tetapi,
saya sedar ada sesuatu telah berubah,” jelasnya. Yusuf kemudiannya naik
dan mandi dengan harapan membersihkan diri daripada segala dosa yang
membelenggu hidup saya selama ini. Saya seolah-olah memulakan hidup
baru yang berpaksikan pada kebenaran Islam.
Tanpa menunggu masa yang lama, pada pukul 11 pagi itu juga, Yusuf
melafazkan dua kalimah syahadat dengan bersaksikan Pete dan Mohamed.
Malah, isterinya turut mengikut jejak yang sama. Selang beberapa bulan,
ayahnya juga memilih untuk memeluk agama Islam. Yusuf tidak dapat
membayangkan betapa indahnya, saat-saat mereka mendirikan sembahyang
berjemaah di masjid bersama para jemaah yang lain.
Selepas memeluk Islam, beliau mengeluarkan anak-anaknya daripada
sekolah Kristian kepada sekolah untuk pelajar beragama Islam. Datuknya
adalah orang terakhir dalam keluarga mereka yang melafazkan dua kalimah
syahadat. Baginya Islam terlalu istimewa kerana berupaya menarik paderi
sepertinya Dan selepas 10 tahun, anak-anaknya juga sudah boleh
menghafaz al-Quran dengan baik.
“Islam telah mengubah cara saya melihat kehidupan ini dengan lebih
bermakna,” ujarnya mengenai kehidupannya selepas bergelar Muslim
Arkib terjah.com: Posted by admin on July 13 2007 09:45:26
|
Posted by: admin on Saturday, August 09 @ 04:47:14 EDT
|
|
|
| |
|
| "Masuk" | Login/Create an Account | 0 comments |
|
| | The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content. |
|
|
|
No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
|  |