terjah
Home Forums Downloads Your Account Your Messages Submit News Topics Logout
Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modul Utama
· Home
· Arkib Artikal
· FAQ
· Forum
· Hantar Artikal
· Maklum balas
· Private Messages
· Recommend Us
· Search
· Senarai Ahli
· Status Artikal
· Your Account
Terjah Chat Room
Geesee CHAT
Siapa Online?
There are currently, 5 guest(s) and 0 member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here
Top Posting
   petirrembat 
 Posts: 
 67 

   mankip 
 Posts: 
 30 

   pakLelah 
 Posts: 
 25 

   nora 
 Posts: 
 23 

   anis 
 Posts: 
 14 

   qaz123 
 Posts: 
 9 

   arefeeq87 
 Posts: 
 7 

   perasatiruan 
 Posts: 
 5 

   ikan_mas 
 Posts: 
 3 

   mambang 
 Posts: 
 2 

Live Massage
Shout History   
 
Terjah Hit
We received
77588
page views since July 2008

Featured Links: mathblog.info free webproxy @ eTripTips - Your Travel Source
  Bahan Umum: HUKUMAN MATI MELALUI SUNTIKAN LEBIH SAKIT?


TINDAKAN mengkaji semula hukuman mati ini tercetus sebaik sahaja para penentang mula menunjuk perasaan dengan menyatakan suntikan maut ini sebenarnya memeritkan dan menyakitkan para banduan.
Pelbagai persoalan mula timbul apabila hukuman yang dikenakan itu sama ada bersifat adil dan tepat sejajar dengan keputusan Mahkamah Agung yang meluluskan hukuman itu sejak 1976. Pelaksanaan hukuman itu dilakukan tanpa sebarang kajian terhadap kesannya pada tahun 1977 dan telah digunakan ke atas 98 peratus daripada 500 banduan. Ia sebenarnya suntikan maut yang mengandungi tiga bahan kimia iaitu pertama, mengakibatkan banduan tidur; kedua, melumpuhkan otot-ototnya dan akhir sekali, menyebabkan jantung gagal berfungsi.



Jika setiap langkah dilakukan secara teratur, banduan biasanya akan lebih cepat menjadi tidak sedar diri dan menemui ajal dalam masa beberapa minit selepas disuntik.

Tetapi jika bahan kimia yang digunakan itu tidak disuntik dengan betul maka ia akan mengundang kesakitan yang amat sangat kepada banduan.


Beberapa kajian saintifik dan siri pelaksanaan hukuman yang tidak sempurna ke atas banduan telah membuktikan kesilapan ini.

Pada tahun 2004, seorang banduan dari Kentucky, Amerika Syarikat (AS), Ralph Blaze telah dijatuhkan hukuman 'suntikan mati' atas kesalahan membunuh dua orang pegawai polis.


Seorang lagi banduan, Thomas Bowling turut menerima hukuman yang sama selepas didapati bersalah kerana membunuh sepasang suami isteri dalam satu kejadian mencuri kereta. Kedua-dua banduan terlibat membantah di mahkamah dengan menekankan suntikan maut itu disifatkan sebagai satu 'hukuman kejam dan luar biasa' yang dilarang dalam Pindaan Ke-8 Perlembagaan AS.


Walaupun mereka gagal dalam rayuan di mahkamah tetapi hakim dari negeri-negeri lain turut membuat aduan serupa bagi menyokong hukuman suntikan maut terhadap banduan dikaji semula.


"Kes ini bukan bersifat menamatkan atau menghentikan hukuman mati tetapi memastikan negeri-negeri dan bidang kuasa persekutuan terus menjalankan hukuman dengan kaedah, cara dan maksud pelaksanaan yang mematuhi Pindaan Ke-8," kata Pengarah Klinik Death Penalty, Universiti California, Sekolah Undang-undang Berkeley, Elisabeth Semel.


Masalah yang diberi penekanan bukan mengenai tiada kesakitan. Ia adalah berkaitan dengan pengambilan langkah-langkah yang munasabah bagi mengelakkan kesakitan teruk sebelum menemui ajal. Pihak berkuasa di Kentucky bukan tidak menitikberatkan prosedur hukuman kerana kesakitan hanya dirasai sekiranya berlaku kesilapan atau kemalangan.


Sebaliknya, para banduan merungut bahawa prosedur hukuman ini begitu kompleks sementara kakitangan penjara pula tidak memiliki latihan yang cukup untuk mengendalikannya. Justeru, ini menyebabkan penderitaan yang dahsyat dan sukar diterima oleh banduan.


Berikutan itu, banduan-banduan yang akan menjalani hukuman suntikan maut mencadangkan agar kriteria yang ketat diperkenalkan bagi melakukan proses suntikan yang ketiga. Bagaimanapun, tuntutan mereka tidak dapat dipenuhi tanpa penyertaan doktor dan pakar bius. Kebiasaannya, pakar-pakar ini enggan mengambil bahagian dalam prosedur tersebut.


Prosedur alternatif yang dicadangkan dalam penyelesaian masalah ini ialah memberi banduan suntikan yang mengandungi sukatan dos yang tinggi.

Dalam situasi sedemikian, maut akan tiba lebih lambat dan banduan tidak akan berasa sebarang kesakitan. Keputusan Mahkamah Agung ini akan dilaksanakan sebelum bulan Julai ini.


Sementara itu, seluruh Dewan Pelaksanaan AS kelihatan kosong apabila mereka melakukan penghentian sementara waktu yang dikenali sebagai 'de facto' sejak mahkamah tinggi mengumumkan bahawa pada akhir September ini, mereka akan memulakan kes tersebut.


Sebelum ini, dewan pelaksanaan digantung di beberapa negeri ekoran pendedahan maklumat baru berkaitan analisis DNA apabila terlalu banyak banduan dihukum mati akibat bukti yang diragukan atau prosedur-prosedur yang tidak sah dan tidak adil.


Pada Disember lalu, New Jersey menjadi bandar pertama menghapuskan hukuman suntikan maut dalam sejarah 40 tahun pelaksanaan hukuman itu.


Sementara itu, tuduhan bahawa suntikan maut adalah kejam sedikit sebanyak mempengaruhi juri apabila mereka kini lebih berhati-hati untuk menjatuhkan hukuman mati. Kesan daripada itu, juri biasanya memilih hukuman penjara seumur hidup untuk pesalah.


Jumlah hukuman mati yang telah dijalankan mencecah angka 317 orang pada tahun 1996. Bagaimanpun jumlah itu merosot kepada 276 orang pada tahun 2000 dan 110 pada tahun 2007. Di Texas pula, jumlah yang telah dijatuhkan hukuman mati melebihi 400 orang dalam jangka masa 25 tahun.


Hakim-hakim kini juga kurang memilih hukuman mati sebagai hukuman. Jika dahulu, angka yang dijatuhkan hukuman itu mencecah 40 orang setahun tetapi kini di bawah 15 orang setahun. - AFP



 Posted by: admin on Thursday, October 09 @ 09:52:18 EDT
 
Related Links
· More about
· News by admin


Most read story about :
KENALI POKOK GHARQAD YAHUDI

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Printer Friendly

"Masuk" | Login/Create an Account | 0 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register


  Website Engine Code: PHP-Nuke

The Simplex Theme Design: Lorkan Themes

Script Generation: 0.883 seconds  


Hakcipta www.terjah.com
email/YM Admin: my_terjah@yahoo.com

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest © 2008 by me.
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.88 Seconds