Menurut laman web wikipedia, fesyen Lolita terbahagi kepada beberapa fesyen iaitu Sweet Lolita, Classic Lolita, Punk Lolita, Wa Qi Lolita, Dandy Lolita dan Gothic Lolita. Antara fesyen Lolita yang dinyatakan, Gothic Lolita masih mendapat sambutan dan penggemar fesyen di seluruh dunia. Begitu juga dengan remaja di Malaysia.
“Jika sebelum ini saya kurang menggemari fesyen gothic tetapi kini tidak lagi. Selepas memegang watak Cici yang iaitu watak remaja gothic dalam drama Dunia Baru, saya rasakan fesyen gothic mempunyai gaya dan tarikan yang tersendiri.
“Konsep mix and match dan aksesori yang menarik membuatkan penampilan penggemar gothic sentiasa kelihatan segar. Lebih-lebih lagi apabila mereka menggabungkan warna hitam bersama warna-warna ceria yang lain,” jelas Memey Suhaiza Suhami mengenai fesyen gothic.
Ini terbukti apabila Memey sendiri memadankan baju-T berwarna putih dan merah bersama skirt pendek berwarna hitam. Meskipun gaya tersebut tampak biasa pada asalnya tetapi setelah disarungkan dengan stoking panjang berbelang, ia membuatkan Memey tampil gothic dan kelihatan ceria.
Begitu juga dengan baju-T hijau yang digayakan bersama seluar jean berwarna lusuh dan kasut sukan. Walaupun tidak menyarungkan busana atau aksesori berunsurkan warna hitam, Memey tetap kelihatan seperti gadis gothic.
Ini disebabkan fesyen rambut dan solekan kelopak matanya berwarna hitam, sudah cukup menggambarkan perwatakan penggaya gothic.
Usia remaja merupakan waktu yang paling sesuai untuk menggayakan koleksi pakaian yang ceria, menarik atau pelik. Tidak salah bagi seseorang remaja itu, bergaya gothic tetapi ia seharusnya bersesuaian dengan tempat yang hendak dituju.
“Melakonkan watak seorang pelajar gothic membuatkan saya lebih berhati-hati memilih pakaian gothic yang sesuai untuk ke kuliah.
“Setelah mendapat pandangan pengarah, merujuk majalah dan melayari internet mengenai fesyen gothic, saya banyak menggenakan pakaian yang ringkas tetapi solekan yang banyak memainkan peranan,” jelas Memey yang turut memerhatikan penggemar fesyen gothic yang kebanyakannya dapat ditemui di sekitar Bukit Bintang.
Tambah gadis yang berusia 19 tahun ini, selain aksesorinya yang unik, gaun dan skirt pendek, antara pelengkap gaya yang harus ada dalam fesyen gothic ialah sarung kepala, blaus, korset (bengkung), sarung kaki panjang, kasut tumit tinggi atau kasut yang bertapak tebal.
Mengulas mengenai solekan gothic, jurusolek Kayrul memberitahu, selain menggunakan gincu bibir berwarna gelap seperti hitam atau coklat, anda juga boleh mencalitkan gincu berona merah, merah jambu atau pastel.
“Selepas menyapukan pembayang mata hitam di sekitar kelopak mata, lukiskan bentuk bulat kecil di atas kening untuk mendapatkan efek yang lebih dramatik,” jelas Kayrul sambil membuat dandanan gaya rambut mohawk.
Katanya lagi, dandanan rambut untuk fesyen gothic lebih mudah digayakan kerana apa jua jenis dandanan yang pelik dan unik, sesuai untuk fesyen tersebut.
Ketika menggayakan jaket bulu berwarna hitam, Memey menyatakan gaya tersebut tidak kelihatan terlalu gelap kerana ia digayakan bersama skirt pendek berwarna kuning dan aksesori berwarna merah terang.
Itulah dia serba ringkas tentang budaya gothic ...
Wah, berikan satu tepukan paling gemuruh bak guruh kat remaja sekarang yang berani dressing-up mengalahkan artis artis popular.Budaya fesyen Punk dan Gothic di malaysia semakin berleluasa di malaysia (kononnya nak ikut budaya barat).
Ramai tertanya tanya mengapa diorang memakai fesyen ala gothic dan punk macam ni, mungkin disebabkan kurang kasih sayang, kurang didikan agama atau kureng (sakit mental).
Tambah pulak tu budaya macam ni banyak diikuti oleh orang melayu kita iaitu umat islam.Kalau pakai tak ganggu orang okay la jugak, ni dah la pakaian merosakkan alam sekitar dah tu suka kacau gadis-gadis tepi jalan. Disamping mereka terpengaruh dengan budaya pergaulan bebas, penggunaan dadah dan alkohol.
Asal usul Gothic
Kegilaan gothic. Gothic atau disebut goth merupakan genre muzik dari cabang muzik rock yang muncul sekitar tahun 70an. Asalnya gothic ini merupakan muzik yang dibawa oleh band yang memperjuangkan irama punk rock kemudian nya membawa lirik yang lebih kepada romantik & fantasi.Dari Irama ini maka pendukung gothic telah menghayati alunan irama muzik ini hingga terbawa kepada cara pemakaian. malang nya anak-anak muda di Malaysia telah meniru bulat-bulat gaya pemakaian ini tanpa mengetahui tujuan pemakaian dan sejarahnya. Malah ada diantara mereka tidak tahupun apa yang dikatakan muzik Gothic. Sebenarnya Fesyen Ghotic ini telah muncul lebih awal di negara barat dan paling ramai pengikut di Jepun ( gambar kegilaan fesyen di Jepun akan ditulis nanti). Yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini, telah kedengaran pula semacam pelakuan ritual yang dilakukan oleh mereka. ( ingat lagi Black Metal dan Skin Head ?). Ini semua harus dibenteras sebelum ia menjadi barah dalam masyarakat kita.
Yang sedih nya kebanyakan yang terlibat adalah anak-anak melayu kita. Kemanakah hala tuju mereka ini?. Kesimpulannya pendidikan dan perhatian dari ibu dan bapa itu sendiri membawa peranan yang paling penting dalam mencorak jiwa anak-anak melayu kita.
Kembalilah kepangkal jalan... ya... Di mana ibu bapa? Mungkinkah ibu bapa mereka juga berpakaian gothic atau tak penah ambil peduli tentang anak-anak... Kerajaan juga harus menubuhkan satu skuad menangkap alien-alien gothic ini, dan hantar mereka kepusat pemulihan akidah (bagi yg islam) atau pusat bena semangat, sebelum budaya ini semakin parah...
Gambar Lagi...
Pantun Suka Suka utk peminat gotic
Naik Bas Naik Lori
Sambil Makan Kuaci
Mengapa Melayu Berpakaian Begini
Mungkin Kerana Nafsu Menguasai Diri