terjah
Home Forums Downloads Your Account Your Messages Submit News Topics Logout
Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modul Utama
· Home
· Arkib Artikal
· FAQ
· Forum
· Hantar Artikal
· Maklum balas
· Private Messages
· Recommend Us
· Search
· Senarai Ahli
· Status Artikal
· Your Account
Terjah Chat Room
Geesee CHAT
Siapa Online?
There are currently, 3 guest(s) and 0 member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here
Top Posting
   petirrembat 
 Posts: 
 67 

   mankip 
 Posts: 
 30 

   pakLelah 
 Posts: 
 25 

   nora 
 Posts: 
 23 

   anis 
 Posts: 
 14 

   qaz123 
 Posts: 
 9 

   arefeeq87 
 Posts: 
 7 

   perasatiruan 
 Posts: 
 5 

   ikan_mas 
 Posts: 
 3 

   mambang 
 Posts: 
 2 

Live Massage
Shout History   
 
Terjah Hit
We received
77582
page views since July 2008

Featured Links: eTripTips - Your Travel Source @ Aquarium and Fish
  Agama / Tazkirah: Bahtera Nabi Nuh Ditemui!!



Saintis mendakwa temui Bahtera Nabi Nuh AS terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki!

Ia dipercayai berada Gunung Ararat, timur Turki di bawah timbunan salji tebal yang menutupi banjaran gunung dipercayai tersembunyi selama lebih 4,000 tahun.


Ramai pihak terutama pengkaji arkeologi yang beragam Kristian cuba mendaki gunung ini, sevbagagian nya gagal menmui nya dan ramai juga yang maut. Tapi ada juga pendaki mendakwa berjaya sampai ke puncak gunung yang lebih dikenali Gunung Ararat dan peluang dan mendakwa mereka dengan beberapa artifak purba yang amat berharga!

Iamerupakan sesuatu yang aneh lagi membingungkan - bagaimana mungkin sebuah kapal yang sepatutnya terapung di lautan, boleh tersadai di puncak gunung bersalji setinggi 5,165 meter? Dan ramai pengkaji percaya di puncak gunung itulah mendaratnya bahtera Nabi Nuh AS dan kisah sejarah besar itu dikatakan diceritakan dalam kitab tiga agama samawi iaitu al-Quran (Islam), Injil (Kristian) dan Taurat (Yahudi).

Sebagaimana firman Allh dalam alquran "Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang yang bersamanya di dalam bahtera dan Kami tenggelamkan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya)."

Sinopsis kisah pengorbanan dan dakwah Nabi Nuh bermula apabila kaumnya enggan mengesakan Allah walaupun Tuhan sudah memberikan mereka pelbagai nikmat dan harta. Baginda berdakwah kepada kaumnya tidak kira siang dan malam, sama ada secara terang-terangan atau secara diam tetapi kaumnya memperlekehkannya, menutup telinga dan tetap enggan mengesakan Allah. Keangkuhan dan kekufuran umat Nabi Nuh menyebabkan Allah akhirnya memerintahkan rasul itu membina kapal di satu kawasan tinggi sehingga kaumnya menyangka yang baginda gila kerana membina bahtera yang jauh daripada lautan dan di tempat tinggi.Allah kemudian menurunkan hujan yang amat lebat sehingga mengakibatkan banjir paling besar dan menenggelamkan serta mengorbankan umat Nabi Nuh yang ingkar kecuali orang beriman yang juga pengikut rasul itu yang sempat menaiki bahtera berkenaan.

Firman Allah lagi dalam ayat 25, surah Nuh: "Disebabkan kesalahan-kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan lalu dimasukkan ke neraka, maka mereka tidak mendapat penolong-penolong bagi mereka selain Allah."

Selepas itu, hujan pun reda dan banjir itu pun surut dan kapal berkenaan akhirnya berlabuh di suatu kawasan seterusnya bermulalah misteri di kalangan pengkaji agama, ahli arkeologi serta pihak berkaitan dalam mencari di manakah lokasi bahtera itu berada ketika ini.Kajian awal kisah rasul itu mendapati Bahtera Nabi Nuh terdampar di Bukit Judi dan ramai pihak mengatakan lokasi itu adalah sebahagian daripada Banjaran Ararat. Kiraan ahli astronomi secara berkomputer pula menganggarkan Nabi Nuh AS mula membina bahteranya pada 2465 Sebelum Masihi (SM) dan hujan mula berlaku pada 2345 SM.

Usaha pencarian Bahtera Nabi Nuh ini juga pernah dilakukan Maharaja Russia, Tsar Nicholas II pada 1917 dengan menghantar 150 pakar pelbagai bidang terdiri daripada jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik bahtera itu.Keadaan muka bumi Gunung Ararat yang kawasannya diseliputi salji seluas 44 kilometer persegi dan setebal 90 meter serta ketulan ais sentiasa menggelungsur menyebabkan kumpulan itu mengambil masa sebulan untuk sampai ke puncak seterusnya mendakwa menemui bahtera itu. Banyak bukti mengenainya dikumpul, termasuk gambarnya tetapi Perang Bolshevik di Russia menyebabkan bukti berkenaan hilang sehingga kini.

Dakwaan penemuan terbaru adalah pada pertengahan 2004 apabila sekumpulan saintis bersama seorang ahli perniagaan, Daniel McGivern, menyatakan mereka berjaya menemui objek yang mempunyai ciri menyerupai bahtera Nabi Nuh, terbenam dalam salji di puncak Gunung Ararat. Cuaca panas tahun itu menyebabkan salji cair dan membolehkan satelit merakamkan gambar berkenaan. Daniel ketika itu menyatakan, berdasarkan imej yang diperoleh, dia yakin 98 peratus bahawa imej itu adalah Bahtera Nabi Nuh.

Salah satu pemburu jejak Bahtera Nuh iaitu adalah QuickBird 2. Karena "bermata" khusus, satelit ini diluncurkan spesial dari Pangkalan Udara Vandenberg, California. Dikenali Satelit komersel dengan kamera resolusi tertinggi di dunia. Dioperasikan EarthWatch Incorporated, Longmont, Colorado, satelit ini mampu melihat jelas obyek sepanjang setengah meter di Bumi. gambar-gambar berbentuk bahtera berjaya rakamkan.

Malangnya, usaha mereka untuk meneruskan ekspedisi mendaki Gunung Ararat diketuai seorang profesor dari Turki tidak dapat diteruskan apabila gagal mendapat kebenaran kerajaan berikutan Gunung Ararat termasuk kawasan bahaya dan zon perang.Sehingga kini, kedudukan dan rupa sebenar Bahtera Nabi Nuh AS terus kekal rahsia dan masih belum mampu dibawa keluar dan dipertontonkan kepada umum. Ia terus menjadi misteri yang akan kekal entah sampai bila.












Ciri-ciri kapal Nabi Nuh
Sebahagian kapal berkenaan dikatakan sudah tenggelam diliputi salji dan bahagian yang masih kelihatan dipercayai berukuran 137.2 meter (m) panjang, 22.86m lebar dan 13.72m tinggi. Dianggarkan 9,000 hingga 13,000 pokok kayu balak digunakan untuk membina bahtera seberat 4,100 tan itu. Rupa bentuk Bahtera Nabi Nuh dikatakan berbentuk seakan kotak kasut. Mengikut kajian seorang penyelidik dikenali Dr Whitcomb, dianggarkan 3,700 mamalia, 8,600 jenis spesies burung, 6,300 spesies reptilia, 2,500 jenis amfibia menaiki bahtera itu. Berat muatan bahtera pula dianggarkan 24,300 tan.

Arkib terjah.com:
Posted by admin on July 05 2007 06:08:58



 Posted by: admin on Saturday, August 09 @ 04:43:37 EDT
 
Related Links
· More about
· News by admin


Most read story about :
KENALI POKOK GHARQAD YAHUDI

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Printer Friendly

"Masuk" | Login/Create an Account | 0 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register


  Website Engine Code: PHP-Nuke

The Simplex Theme Design: Lorkan Themes

Script Generation: 0.233 seconds  


Hakcipta www.terjah.com
email/YM Admin: my_terjah@yahoo.com

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest © 2008 by me.
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.23 Seconds