 |
| Masuk
|
| Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. |
|
| Siapa Online?
|
There are currently, 3 guest(s) and 0 member(s) that are online.
You are Anonymous user. You can register for free by clicking here |
|
|  |
| Bongkar!!!: ANWAR - AGEN YAHUDI DALAM POLITIK MALAYSIA? |

"Yahudi sedang berusaha gigih menjatuhkan Malaysia dan Melayu khususnya. Mengapa? Melayu satu-satunya bangsa yang wajib beragama Islam (DIWAJIBKAN OLEH ARTIKEL DLM PERLEMBAGAAN ) dan hanya Islam mampu mencabar Yahudi.
Suatu waktu dahulu, wujud suatu gabungan politik dua tokoh Melayu yang sedikit sebanyak membimbangkan Yahudi dan Amerika. Gabungan tersebut ialah gabungan Mahathir-Anwar.
Mahathir terkenal sebagai pemimpin berpandangan jauh dengan Dasar Pandang ke Timur dan Wawasan 2020 manakala Anwar dilihat sebagai pemimpin golongan belia Islam yang moderat, berkarisma dan telus. Gandingan mantap kedua tokoh ini berkecai apabila krisis ekonomi asia bermula. Artikel ini akan membongkar isu-isu berkaitan Anwar, Malaysia dan Percaturan Yahudi.
Gandingan Mahathir-Anwar musnah apabila Anwar tidak setuju menggunakan wang negara ketika itu untuk bail-out syarikat-syarikat kroni yang menghadapi masalah kewangan termasuk syarikat anak Mahathir. Anwar seterusnya didakwa atas tuduhan meliwat dan menjadi ejen Yahudi.
Majoriti ahli UMNO yakin tuduhan liwat ke atas Anwar adalah fitnah tetapi kebanyakan mereka berkata fitnah liwat ke atas Anwar adalah TIDAK MENGAPA kerana ANWAR EJEN IMF DAN EJEN YAHUDI.
Terlebih dahulu, dibentangkan bukti-bukti bahawa fitnah UMNO bahawa Anwar ejen yahudi ini tidak berasas. Selepas ini, apabila pembaca diserang oleh makcik-makcik kampung dan Felda yang menjaja cerita bahawa Anwar ejen Yahudi, mudah-mudahan anda mampu menjawabnya secara ilmiah.
Berikut hujah-hujahnya:
1. Anwar tidak materialistik!
Rekod Anwar selama memerintah adalah bersih dari rasuah. Beberapa hari sebelum pilihanraya Permatang Pauh, Anwar difitnah menerima rasuah beberapa billion. Sebaik saja selepas pilihanraya, fitnah ini hilang serta-merta.
Kalau Anwar ejen Yahudi, Anwar tentulah bersikap materialistik. Anwar terkenal sebagai seorang yang telus dan tidak sibuk membuat duit seperti pemimpin-pemimpin BN.
2. Anwar dipenjara!
Seorang yang sanggup menggadaikan bangsa dan negara akan memilih untuk melarikan diri ke negara asing dan mendapatkan perlindungan politik. Anwar tidak pernah lari sebaliknya tinggal dipenjara. Ini tidak konsisten dengan sikap seorang opportunis yang sanggup menjadi ejen Yahudi.
3. Anwar BEKAS TIMBALAN PM!
Kepada SB-SB, antara hujah kurang cerdik yang selalu dijaja ialah gambar-gambar Anwar berjumpa dengan tokoh-tokoh antarabangsa dan pemimpin negara lain termasuk yang berbangsa Yahudi. Memang lazim bagi seorang tokoh antarabangsa seperti Anwar berjumpa dengan tokoh-tokoh lain. MESKIPUN BEGITU, Anwar bertegas dengan mereka dalam hal prinsip. Anwar lantang menegur Amerika berikutan serangan ke atas Iraq dan dalam isu-isu lain.
4. Isu IMF
Cukuplah saya katakan bahawa negara-negara jiran seperti Singapura yang tidak menambat matawang mereka ketika kirisis ekonomi dulu kini sudah lebih maju dari Malaysia. Keengganan menambat ringgit oleh Anwar boleh difahami. YANG LUCUNYA, bila Najib enggan menmbat ringgit, berjela-jela ahli UMNO membelanya. Kononnya krisis ekonomi kali ini TAK BERAPA SERIUS LAGI. SLOW BETUL!! Kerugian global sudah lebih trillion menurut kejatuhan Dow Jones dan Amerika melaporkan inilah kejatuhan ekonomi PALING TERUK dalam 3 dekad ini.
Cerita kononnya syarat-syarat IMF akan membankrupkan Malaysia memang senang dibuat kerana akhbar tidak pernah memberi ruang kepada Anwar menjawab. Macam AFTA la, takkan kita setuju dengan semua syarat-syarat.
BERBALIK KEPADA MASA KINI.
Ekonomi dunia sedang menuju kemelesetan global dan Malaysia jelas tidak bersedia. Politik kita tidak stabil, ekonomi tiada perancangan, rakyat hidup semakin susah dan penggangguran akan semakin menjadi-jadi.
Biarlah saya menjelaskan urutan kemelesatan global ini agar ahli-ahli UMNO dan PR akan faham kesannya kepada anda:
1. Harga barang akan naik. Barang-barang khususnya barang import akan naik harga. Makanan juga akan naik harga kerana kos keseluruhan meningkat. Dalam masa 2-3 bulan, kenaikan akan semakin kelihatan.
2. Ramai orang diberhentikan. Syarikat-syarikat international akan mula ditutup. Kesannya, pengangguran akan semakin berleluasa kerana ramai akan diberhentikan. Bukan saja ahli PR, anak-anak ahli UMNO juga akan menganggur pada waktu itu.
3. Restoren-restoren gulung tikar Bila kemelesatan berlaku, yang paling awal gulung tikar ialah peniaga restoren kerana masyarakat akan berjimat dan tidak makan diluar.
3. Kedai kecil & peniaga kecil Peniaga kecil dan kedai-kedai runcit juga akan gulung tikar kerana masyarakat akan hanya ke pasaraya besar seperti Tesco (milik Yahudi) untuk berjimat.
Amerika bertanggungjawab ke atas kemelesatan global kali ini. Sebahagian besar ahli Kongres Amerika Yahudi dan kemelesatan ekonomi global akan memundurkan negara membangun termasuk negara-negara Islam.
YAHUDI akan menguasai Malaysia bukan melalui Anwar tetapi melalui perancangan teliti yang akan didedahkan di sini:
1. melalui Singapura. UMNO di anggap oleh sebahagian rakyat telah "menjual" Johor melalui Wilayah Pembangunan Iskandar apabila menerima Singapura sebagai pelabur utama. Sejarah Batu Putih dijangka berulang! Singapura sangat dipengaruhi Yahudi dan ketenteraan Singpura dlatih sendiri oleh YAhudi. Mereka yang berada dalam bidang ketenteraan boleh mengesahkan hal ini.
2. ejen-ejen Yahudi Siapa ejen Yahudi? Yang pasti, ada seorang ahli Parlimen yang tidak lahir di Malaysia tetapi lahir di Kuwait dan mendapat pendidikan di Singapura. Dia ni sentiasa menyepi bila ada isu melibatkan Singapura dan dipercayai telah mempengaruhi bapa mentuanya agar membatalkan JAMBATAN BENGKOK untuk menjaga kepentingan Singapura. Dijangka, UMNO akan menobatkannya sebagai Ketua Pemuda dan seterusnya sebagai PM satu hari nanti.
Untuk mengatasinya, KITA MESTI MENOLAK KEPIMPINAN LEMAH DAN PENUH RASUAH OLEH UMNO dan menggantikannya yang telus. Ingatlah bahawa nasib anak-anak kita yang sedang dipertaruhkan.
Wassalam.
Sumber: tranungkite.net
|
Posted by: admin on Saturday, October 04 @ 03:18:51 EDT
|
|
|
| |
|
| "Masuk" | Login/Create an Account | 0 comments |
|
| | The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content. |
|
|
|
No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
|  |