Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
assalamualaikum wrb.saya ingin bertanya.apa hukumnya bagi seorang anak yang mencuri dari oarang tuanya sendiri?apakah haram atau ada ketentuan lain.Menurut sepengetahuan saya di dalam harta seorang orang tua masih terdapat hak sang anak.Apakah jika kita mencuri dari orang tua kita sendiri,kita termasuk sebagai anak yang durhaka?thnx be 4
JAWAPAN:
Anak tidak boleh mengambil harta bapanya dengan secara bathil. Namun, sebagai menuntut hak, ada jalan lain yang boleh dilakukan dengan membawa kepada berbincang dan menyelesaikan secara baik. Persoalan yang timbul daripada maswalah ini ialah:
1) Apakah anak itu sudah baligh atau belum? Sebab si ayah tidak lagi dikira menanggung bagi anak yang sudah baligh.
2) Apakah hak yang dituntut itu? Sebab hak yang wajar dituntut itu adalah hak keperluan daruri seperti makanan dan pakaian. Itupun sekadar keperluan dan bukan berlebihan.
Bagi isteri dan anak ada haknya dan boleh mengambil daripada pemberi nafkah jika keperluan mendesak seperti termaktub dalam hadis berikut:
Daripada Aisyah, bahawa Hindun binti Utbah, isteri Abu Sufyan mengadu kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan seorang yang kedekut. Dia tidak memberi nafkah kepadaku dan anakku kecuali apa yang aku ambil dari hartanya tanpa pengetahuannya. Baginda menjawab: Ambillah apa yang mencukupi untukmu dan anakmu dengan cara yang makruf.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum