terjah
Home Forums Downloads Your Account Your Messages Submit News Topics Logout
Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modul Utama
· Home
· Arkib Artikal
· FAQ
· Forum
· Hantar Artikal
· Maklum balas
· Private Messages
· Recommend Us
· Search
· Senarai Ahli
· Status Artikal
· Your Account
Terjah Chat Room
Geesee CHAT
Siapa Online?
There are currently, 6 guest(s) and 0 member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here
Top Posting
   petirrembat 
 Posts: 
 67 

   mankip 
 Posts: 
 30 

   pakLelah 
 Posts: 
 25 

   nora 
 Posts: 
 23 

   anis 
 Posts: 
 14 

   qaz123 
 Posts: 
 9 

   arefeeq87 
 Posts: 
 7 

   perasatiruan 
 Posts: 
 5 

   ikan_mas 
 Posts: 
 3 

   mambang 
 Posts: 
 2 

Live Massage
Shout History   
 
Terjah Hit
We received
77657
page views since July 2008

Featured Links: eTripTips - Your Travel Source @ Caribbean Medical Schools
terjah: Forum

terjah.freephpnuke.org :: View topic - Lelaki, kawinlah satu je.. curahan perasaan & pendapat
 Forum FAQ  •  Search  •  Memberlist  •  Usergroups  •  Profile  •  Log in to check your private messages  •  Log in

 
Post new topicReply to topic
View previous topic Log in to check your private messages View next topic
Author Message
nora
Moderator
Moderator


Joined: Aug 09, 2008
Posts: 23
Location: kuala lumpur

PostPosted: Sat Oct 04, 2008 2:26 pm Reply with quote Back to top

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku.

Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!' Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.

Sebab apa ?
Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb.

Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife.
Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah.
Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa,
sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ... Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua. Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan ... Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.

Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota . Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam.
Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.

Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu .... Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ...

Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru.
Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.

Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.
Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil ( kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak)

Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka. Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi.. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.

Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua.
Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu.
Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ...... lagi haru ...

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini.

Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk.
Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ....

Hish banyak lah lagi.

Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.

Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je.

Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah Kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.

Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas.
Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu.
Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni.

Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.
Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial.

Wallahualam.

_________________
sentiasa mantap
View user's profile Send private message
anis
Newbie
Newbie


Joined: Aug 18, 2008
Posts: 14

PostPosted: Sat Oct 04, 2008 8:53 pm Reply with quote Back to top

selamat hari raya semua.... utk nora dan lain member terjah..

artickle menarik lah ... i pun boleh faham kelogikannya utk lelaki kawin 1 sahaja. harap lelaki2 di terjah ni boleh baca.. kalau ada pendapat untuk membangkang, sila kemukakan.... Laughing
View user's profile Send private message
petirrembat
Moderator
Moderator


Joined: Aug 13, 2008
Posts: 67

PostPosted: Sun Oct 05, 2008 12:56 pm Reply with quote Back to top


POLIGAMI TERANCANG DAN TERPIMPIN ASAS PEMBINAAN EMPAYAR


" Poligami, walaupun wujud dalam Islam tetapi ia adalah satu perkara yang sangat terasing dan terpinggir. Seolah-olah ianya tidak wujud dalam ajaran Islam. Sesiapa yang mengamalkannya dianggap satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan, dipandang serong dan dimusuhi."

Terpinggirnya amalan poligami ini bukan bermakna satu kelemahan. Malah ia merupakan satu kekuatan. Sebenarnya watak atau sikap sesuatu bangsa yang akan bangun itu asalnya ia terpinggir dahulu. Kalau kita lihat dalam sejarah, bangsa-bangsa yang menjadi empayar bukanlah bangsa yang bilangannya besar, tetapi bangsa yang kecil jumlahnya atau etnik yang kecil. Tapi ia dapat memiliki satu-satu sifat yang sangat kuat, sama ada semulajadinya begitu, atau melalui hasil didikan. Contohnya bangsa Arab. Bangsanya ramai, di dalamnya bermacam-macam etnik, tapi tidak ada keistimewaan. Mereka tidak tahu menulis, tidak tahu membaca dan tidak ada ilmu. Hanya memikirkan hidup bersama kambing-kambing.

Rasa kasih sayang sesama bangsa Arab tidak wujud, sedangkan kasih sayang itu adalah sesuatu yang besar. Yang ada pada mereka hanyalah sifat bengis, maka berlakulah permusuhan dan pergaduhan antara bani-bani.

Tapi bila datang Rasulullah SAW, baginda berjaya menukar watak bangsa tersebut. Di antaranya ialah menanamkan sikap berkasih sayang sesama insan yang seterusnya melahirkan perpaduan. Akhirnya bangsa tersebut muncul menjadi empayar. Tetapi yang berjaya menjadi empayar itu bukannya seluruh bangsa Arab. Tuhan memilih di kalangan bangsa Arab itu satu etnik yang yang menjadi tunjangannya ialah Quraisy. Jadi bangsa Quraisy inilah yang berjaya mendidik dengan cepat hingga bertukar wataknya hasil didikan dan pimpinan Rasulullah. Bila ia menjadi kuat, maka bangsanyalah yang menaungi semua etnik-etnik Arab yang lain. Akhirnya bangsa Arab muncul sebagai pembangunan Empayar.

Contoh lain, di waktu umat Arab sudah lemah, datangnya satu puak yang kecil sahaja, iaitu puak Kurdi yang dipimpin oleh Salehuddin Al Ayyubi. Pada etnik itu ada sifat besar yang boleh memberi kekuatan pada bangsa itu walaupun bilangannya kecil, iaitu ketaatannya pada pemimpin. Akhirnya bangsa Arab dapat dibela semula oleh satu puak yang asalnya hanyalah kecil dan terpinggir.

Sebagai contoh yang lain, Turki merupakan satu bangsa yang di dalamnya terdapat macam-macam etnik. Di antaranya ialah etnik Saljuk dan etnik Usmaniyah. Bani Usmaniayah ini berasal dari hulu. Pemimpinnya hanyalah merupakan ketua kampung saja. Tapi Tuhan menganugerahkannnya beberapa sifat yang mencabar, yang sangat memberi kekuatan pada kelompok kecil ini, iaitu :
1. Berani
2. Berpadu
3. Sangat mentaati pemimpin.

Dengan kekuatan-kekuatan inilah mereka yang asalnya duduk di hulu, ketuanya hanyalah ketua kampung, akhirnya berjaya mengetuai sebuah empayar Usmaniyah di Turki.

Demikianlah cara terbangunnya bani-bani Usmaniyah, Abbasiyah, Fatimiyah dan lain-lain, sehingga masing-masing berjaya membangunkan empayarnya sendiri dan boleh menguasai serta membangunkan Islam hingga akhirnya kegemilangannya Islam diperolehi di tangan mereka.

Begitulah di akhir zaman, walaupun umat Islam ramai, tetapi banyak amalan Islam yang telah terpinggir, terutamanya poligami. Orang yang benar-benar hendak mengamalkan syariat Islam dalam kehidupannya dipandang ganjil dan aneh. Tepat sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud : “ Islam itu asalnya dagang dan akan kembali dagang. “

Jadi, di zaman kebangkitan Islam kali kedua ini, kalau ada segolongan umat Islam yang mampu memperjuangkan syariat Tuhan yang telah terpinggir, terutamanya poligami, maka tidak mustahil golongan itulah bakal diserahkan empayar oleh Tuhan yang Maha Agung Lagi Maha Berkuasa.

Ini kerana memperjuangkan poligami sepertimana yang dikehendaki oleh Tuhan, bukan satu perkara mudah . Sedikit saja bilangannya yang berjaya dalam rumahtangga poligami. Golongan yang sedikit itu ialah golongan yang bertaqwa. Hanya taqwa membolehkan seseorang itu berlaku adil terhadap terhadap diri dan keluarganya.

Golongan ini bilangannya sedikit, tapi kuat. Kuat itu bukan diukur dari segi fizikal. Tapi kuat keyakinannya, kemahuan, kegigihan, kesabaran, ibadah, akhlak, kepimpinan dan minda, yang mana gabungan kesemua kekuatan ini akan melahirkan pribadi-pribadi super yang agung. Kekuatan mereka adalah bertunjangkan kemantapan taqwa.

Gabungan pribadi agung ini akan melahirkan satu bangsa yang agung yang dinaungi oleh Tuhan yang Maha Agung. Akhirnya bangsa inilah yang akan menerajui sebuah empayar dimana orang lain dapat menumpang sama.

Apa kaitannya pula dengan poligami? Poligami merupakan gelanggang ujian kepimpinan, kesabaran, mujahadah, keadilan serta kejayaannya berteraskan kemantapan keyakinan, minda, ibadah serta matlamat yang jelas dan tepat yang menjurus kepada mendapatkan redha Tuhan.

Oleh itu seseorang yang berjaya melalui ujian dan cabaran poligami, yang sememangnya sulit dan sukar, baik kepada isteri mahupun suami, maka untuk memiliki kekuatan yang lain akan jadi lebih mudah.

Ujian kepimpinan sebenarnya bermula di rumah. Seorang suami yang berjaya mendidik serta memimpin isteri-isteri serta anak-anaknya dirumah, berarti dia telah berjaya menjadikan rumahtangga sebagai platform mengasah kepimpinan. Kekuatan paling menonjol dan terpenting dalam melaksanakan poligami ialah apabila seseorang itu mampu menyatukan empat orang wanita dan hidup dalam penuh aman damai, berkasih sayang bersatu padu serta bekerjasama dalam merebut cinta Tuhan. Betapa indah dan bahagianya rumah tangga ini.

Kekuatan inilah yang sudah tidak ada pada masyarakat mahupun mana-mana pemimpin di dunia hari ini. Malah untuk memimpin satu isteri dan beberapa orang anak pun masih banyak orang yang gagal.

Oleh itu andainya terdapat seorang pemimpin yang terbukti berjaya dalam memimpin keluarga berpoligami, malah menjadi model serta ikutan kepada pengikut-pengikutnya yang mana akhirnya tercetus satu masyarakat yang berjaya membuktikan keindahan syariat Tuhan dalam poligami, maka sudah tentulah “etnik” ini mempunyai satu kekuatan luar biasa. Jika ujian sebesar itupun mampu diatasi dengan berjaya, maka hal-hal lain akan menjadi mudah bagi mereka. Oleh kerana kebangkitan Islam kali kedua ini paling besar, sama besar dengan zaman pertama, maka kekuatan yang dibawa bersama poligami yang terancang dan terpimpin ini adalah cukup besar. Bila poligami berjaya dilaksanakan, kekuatan-kekuatan lain akan mengikut sama. Seluruh kekuatan lain sangat ditentukan oleh faktor berjayanya poligami sama ada dari sudut kasih sayang, perpaduan dan lain-lain berasaskan kekuatan taqwa itu sendiri, sebab kalau bukan calang-calang taqwa dia tidak boleh berjaya dalam poligami ini.

Selain “etnik” ini berjaya mendapatkan kekuatan taqwa melalui poligami, maka hanya perlu ditambah dengan kekuatan-kekuatan lain seperti kekuatan strategi, kepimpinan, kewangan, dan lain-lain. Sebab kalau tidak ada duit, bagaimana untuk menjayakan ‘masterplan’ yang besar ini. Apabila semua kekuatan telah terlonggok di situ, maka tidak hairanlah jika Tuhan memilihnya untuk jadi satu bangsa yang agung bagi menaungi dunia satu hari kelak, Insya Allah.
View user's profile Send private message
Display posts from previous:      
Post new topicReply to topic
View previous topic Log in to check your private messages View next topic
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum



Simplex Theme design by: Lorkan Themes - Copyright 2004©



  Website Engine Code: PHP-Nuke

The Simplex Theme Design: Lorkan Themes

Script Generation: 0.192 seconds  


Hakcipta www.terjah.com
email/YM Admin: my_terjah@yahoo.com

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest © 2008 by me.
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.19 Seconds