 |
| Masuk
|
| Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. |
|
| Siapa Online?
|
There are currently, 2 guest(s) and 0 member(s) that are online.
You are Anonymous user. You can register for free by clicking here |
|
|  |
Laman Web Baharu terjah.com
LAMAN WEB TERJAH. COM BERTUKAR LAGI UNTUK MENAIKTARAF KELAJUAN DAN PENAMPILAN... SILA KLIK www.terjah.com UNTUK KELAMAN YG BARU. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI, MAAF DIPOHON. MEMBER2 SILA REGISTER SEMULA...
Terima kasih, dari terjah.com kepada penyumbang-penyumbang artikal. Hanya Allah yang dapat membalas sumbangan anda itu. my_terjah@yahoo.com. Terimakasih...
cermin sebuah hati
“kutuliskan namamu di atas pasir namun gelombang menghempaskanya, lalu kutuliskan namamu di langit namun angin menerbangkannya, lalu kutulis namamu dalam hatiku disanalah namamu mengkristal sentiasa”
|
|
Topik-topik Terkini
| Forum/Topic |
Replies |
Author |
Views |
Last Post |
 |
Terjah Agama dan Falsafah Kite bertanggungjawab, apa yg kite forward kan.. hati2 k.. |
1 |
nora |
83 |
Oct 14, 2008 at 14:07:03
petirrembat  |
 |
Terjah Jual beli Membongkar Rahsia Rawatan Semulajadi |
1 |
monavie |
77 |
Oct 13, 2008 at 10:05:40
nora  |
 |
Terjah Soal Jawab Agama mencuri |
0 |
petirrembat |
54 |
Oct 05, 2008 at 01:02:30
petirrembat  |
 |
Terjah Wanita dan Kekeluargaan PANDUAN WANITA HAMIL |
0 |
petirrembat |
95 |
Oct 05, 2008 at 00:58:27
petirrembat  |
 |
Terjah Wanita dan Kekeluargaan Lelaki, kawinlah satu je.. curahan perasaan & pendapat |
2 |
nora |
155 |
Oct 05, 2008 at 00:56:50
petirrembat  |
 |
Terjah Dunia Pendidikan, ICT, dan Sains Yahoo dan Google dapat persaing baru... |
0 |
anis |
109 |
Oct 04, 2008 at 09:02:07
anis  |
 |
Terjah Politik KELEMAHAN DEMOKRASI MEMILIH PEMIMPIN |
0 |
petirrembat |
106 |
Oct 04, 2008 at 01:35:57
petirrembat  |
 |
Terjah Politik anwar dan pak lah dah adekan rundingan!!!! |
1 |
pakLelah |
200 |
Sep 26, 2008 at 03:32:41
mankip  |
 |
Terjah Sosial dan Kemasyarakatan anda fikir keje anda susah?...cuba fikir sekali lagi.. |
0 |
pakLelah |
131 |
Sep 25, 2008 at 01:40:41
pakLelah  |
 |
Terjah Dunia Pranormal Gambar2 UFO yg disembunyikan dari kite... |
6 |
anis |
426 |
Sep 24, 2008 at 20:28:39
petirrembat  |
| |
|
|
|
|
| Sejarah dan Tamadun: NASIB ORANG CINA, JIKA MELAYU TIDAK TOLONG .. |

Apabila membaca buku karya Lynn Pan berjuduk "Son of the Yellow Emperor : The Story of the Overseas Chinese" (1990), beliau menceritakan tentang sejarah berjuta rakyat China yang sanggup meninggalkan negara China dengan penuh harapan untuk mencari impian penghidupan baru yang lebih baik di luar negara mereka. Malangnya impian indah menjadi mimpi ngeri dan sengsara yang sitanggung bukannya disebabkan oleh penduduk asal negara yang mereka berhijrah, tetapi disebabkan penjajah Barat yang menjajah di negara tersebut seperti orang Sepanyol di Filipina, orang Belanda di Pulau Jawa, orang British di Malaya dan orang Amerika di California.
Apabila melihat masih ada lagi rusuhan kaum yang berlaku di dunia kini termasuk di negara maju, orang Cina di Malaysia sepatutnya bersyukur menjadi warganegara Malaysia. Perlu juga diakui bahawa negara ini adalah yang terbaik untuk diduduki dan kerajaan telah berjaya mentadbir dengan cekap dan berhemah.
Sebelum Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1971, tanggapan usahawan Cina terhadap orang Melayu adalah negatif dalam membicarakan tentang perniagaan. Mereka kerap menganggap "Melayu tidak pandai berniaga", Melayu hanya tahu belanja tanpa fikir untung", dan "Melayu malas bekerja".
Pada peringkat awal DEB, usahawan Cina sudah mula membuka sedikit ruang perniagaan kepada orang Melayu. Tetapi kehadiran orang Melayu lebih kepada tidak boleh dipercayai, dan usahawan Cina mula mengatakan usahawan Melayu "sudah lebih", "Melayu kedekut", dan "mereka suka rasuah". Mereka mula iri hati apabila penyertaan Bumiputera lebih terarah dengan bantuan kerajaan. Mereka beranggapan usahawan Melayu tidak boleh berjaya dengan sendirinya tanpa bantuan usahawan Cina.
Cuba kita bayangkan jika DEB tidak diperkenalkan?. Apakah mungkin orang Cina dapat selesa seperti sekarang?. Walaupun ramai yang menentang DEB selama 20 tahun itu, tetapi ia sebenarnya meningkatkan penguasaan orang Cina dalam perniagaan di dalam suasana aman. Jika tidak kerana kebijaksanaan pemimpin kerajaan dan cendikiawan ekonomi orang Melayu yang merancang DEB, nescaya marak 13 Mei masih berlanjutan dan mungkin mengakibatkan orang Cina tawar hati untuk berniaga kerana huru hara.
|
Posted by admin on Sunday, October 12 @ 10:56:42 EDT
|
|
|
| Agama / Tazkirah: APA ITU FITRAH, WATAK DAN BAKAT? |
petirrembat writes:
FITRAH, watak dan bakat adalah tiga perkara yang berbeza. Walaupun semuanya sama-sama merupakan sifat batiniah insan, namun ada perbezaan yang jelas di antara ketiga-tiganya. Kita perlu mengetahui akan pengertian dan fungsi tiap-tiap satunya, supaya kita dapat melatih dan menggunakannya tepat dengan kehendak ALLAH. Dengan izin dan pengajaran dari ALLAH, saya akan cuba mengupas ketiga-tiga perkara ini dengan jelas, insya-ALLAH.
A. FITRAH
Fitrah ertinya sifat batin semulajadi, yang dibekalkan oleh ALLAH ke dalam diri setiap manusia sejak azali lagi. Fitrah wujud bersama lahirnya tubuh kasar manusia ke dunia. Ia terus menjadi sifat manusia tanpa melalui proses berguru atau pengalaman. *****a ia tidak cukup subur semasa manusia masih bayi. Ia beransur-ansur subur bersama kesuburan yang dialami oleh jasad lahir manusia.
Contoh-contoh sifat fitrah ini ialah takut, sayang, simpati, marah, dendam, benci, gembira, dengki, megah, sedih dan lain-lain lagi. Rasa-rasa fitrah ini bukannya diperolehi di mana-mana sekolah atau dari mana-mana guru. Ia sudah sedia ada. Ia menjelma dalam kalbu manusia di waktu manusia itu berhadapan dengan keadaan yang tertentu.
|
Posted by admin on Sunday, October 12 @ 10:21:50 EDT
|
|
|
| Bahan Umum: HUKUMAN MATI MELALUI SUNTIKAN LEBIH SAKIT? |

TINDAKAN mengkaji semula hukuman mati ini tercetus sebaik sahaja para penentang mula menunjuk perasaan dengan menyatakan suntikan maut ini sebenarnya memeritkan dan menyakitkan para banduan. Pelbagai persoalan mula timbul apabila hukuman yang dikenakan itu sama ada bersifat adil dan tepat sejajar dengan keputusan Mahkamah Agung yang meluluskan hukuman itu sejak 1976. Pelaksanaan hukuman itu dilakukan tanpa sebarang kajian terhadap kesannya pada tahun 1977 dan telah digunakan ke atas 98 peratus daripada 500 banduan. Ia sebenarnya suntikan maut yang mengandungi tiga bahan kimia iaitu pertama, mengakibatkan banduan tidur; kedua, melumpuhkan otot-ototnya dan akhir sekali, menyebabkan jantung gagal berfungsi.
|
Posted by admin on Thursday, October 09 @ 09:52:18 EDT
|
|
|
| Karya Penulis Terjah: Jika Bangsa Melayu Mahu Berjaya...cemerlang, gemilang dan terbilang.. |
petirrembat writes:
Orang Melayu atas nama bangsa Melayu tidak sepatutnya hanya berpuas hati dengan kuasa politik. Kuasa politik tidak memberi erti apa-apa jika orang Melayu masih di takuk lama dalam pelbagai bidang, ekonomi dan pendidikan terutamanya. Mengapa saya berani berkata begini? Atas nama orang Melayu, mereka kena sedar, Tuhan yang menguasai langit dan bumi, yang khazanah alam Dia yang punya, yang Dia itu memegang hati-hati manusia ciptaanNya, hanya akan membantu dan menolong sesuatu bangsa itu atas nama agama Islam.
|
Posted by admin on Tuesday, October 07 @ 10:44:58 EDT
|
|
|
| Sukan / Hiburan: FAM DAN RAKYAT MALAYSIA PERLUKAN REVOLUSI BOLASEPAK |

Secara rasminya, musim depan liga Malaysia tidak lagi dihiasi awang-awang import. Tidak ada lagi wajah-wajah negro atau mat salleh di pentas liga. Keputusan FAM telah muktamad, pemain import dihapuskan dan peluang pemain tempatan diberi sepenuhnya untuk menjayakan liga Malaysia. Banyak alasan yang diberi FAM untuk mewajarkan tidakkan ini, antaranya, untuk memberi peluang anak-anak Malaysia bermain dalam kancah pertarungan profosional sekaligus boleh memantapkan skuad kebangsaan. Antara alasan lagi ialah membeli pemain import yang menelan kos yang tinggi, tetapi tiada hasil yang memberangsangkan diperolehi setakat ini. Buktinya, Malaysia terus ketingalan di arena bola dunia, merudum ke dasar carta FIFA.. Walauapa pun alasan FAM, masih ada suara-suara yang menentang tindakan ini.
|
Posted by admin on Sunday, October 05 @ 23:27:12 EDT
|
|
|
| Bongkar!!!: BUDAYA GOTHIC - PENYAKIT REMAJA YANG SEMAKIN BERNANAH!!! |
 Menurut laman web wikipedia, fesyen Lolita terbahagi kepada beberapa fesyen iaitu Sweet Lolita, Classic Lolita, Punk Lolita, Wa Qi Lolita, Dandy Lolita dan Gothic Lolita. Antara fesyen Lolita yang dinyatakan, Gothic Lolita masih mendapat sambutan dan penggemar fesyen di seluruh dunia. Begitu juga dengan remaja di Malaysia. “Jika sebelum ini saya kurang menggemari fesyen gothic tetapi kini tidak lagi. Selepas memegang watak Cici yang iaitu watak remaja gothic dalam drama Dunia Baru, saya rasakan fesyen gothic mempunyai gaya dan tarikan yang tersendiri.
“Konsep mix and match dan aksesori yang menarik membuatkan penampilan penggemar gothic sentiasa kelihatan segar. Lebih-lebih lagi apabila mereka menggabungkan warna hitam bersama warna-warna ceria yang lain,” jelas Memey Suhaiza Suhami mengenai fesyen gothic.
|
Posted by admin on Saturday, October 04 @ 08:18:52 EDT
|
|
|
| Bongkar!!!: ANWAR - AGEN YAHUDI DALAM POLITIK MALAYSIA? |

"Yahudi sedang berusaha gigih menjatuhkan Malaysia dan Melayu khususnya. Mengapa? Melayu satu-satunya bangsa yang wajib beragama Islam (DIWAJIBKAN OLEH ARTIKEL DLM PERLEMBAGAAN ) dan hanya Islam mampu mencabar Yahudi.
Suatu waktu dahulu, wujud suatu gabungan politik dua tokoh Melayu yang sedikit sebanyak membimbangkan Yahudi dan Amerika. Gabungan tersebut ialah gabungan Mahathir-Anwar.
Mahathir terkenal sebagai pemimpin berpandangan jauh dengan Dasar Pandang ke Timur dan Wawasan 2020 manakala Anwar dilihat sebagai pemimpin golongan belia Islam yang moderat, berkarisma dan telus. Gandingan mantap kedua tokoh ini berkecai apabila krisis ekonomi asia bermula. Artikel ini akan membongkar isu-isu berkaitan Anwar, Malaysia dan Percaturan Yahudi.
|
Posted by admin on Saturday, October 04 @ 03:18:51 EDT
|
|
|
| Sejarah dan Tamadun: MEMBONGKAR KEKEJAMAN NAZI |

PELABUHAN bandar Lautan Baltic, Gdynia di Poland telah melancarkan laman web internet dengan harapan untuk mengetahui nasib 120,000 penduduk pra-Perang Dunia Kedua, yang kebanyakan mereka dihalau atau dibunuh di bawah pemerintahan Nazi.
"Matlamat program ini adalah untuk mengetahui apa yang berlaku, nama demi nama, kepada rakyat pra-peperangan di bandar kami.
"Kami ingin mengetahui sama ada mereka dibunuh dan jika ya, di bawah perihal apa? Adakah mereka dihalau atau telah melarikan diri ke luar negara atau mereka meninggal dunia dalam keadaan semula jadi?," kata ketua projek tersebut, Ryszard Toczek.
Menerusi laman web baru www.2wojna.gdynia.pl, bandar tersebut telah menyiarkan senarai penduduk dimulai dengan nama dan alamat yang tertulis dalam buku alamat bandar Gdynia yang diterbitkan pada tahun 1937.
|
Posted by admin on Friday, October 03 @ 04:10:36 EDT
|
|
|
| Sejarah dan Tamadun: KEHEBATAN IMAM BUKHARI |
petirrembat writes:
Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Ismail. Beliau dilahirkan di Kota Bukhara, Uzbekistan. Selama bertahun-tahun, beliau mengembara untuk belajar dan mengumpulkan Hadis dari para ulama' terkenal. Negara-negara yang pernah dikunjungi termasuklah Syria, Mesir, Arab Saudi, Baghdad dan Basrah.
Kecerdikan luar biasa dan ingatan kuat Imam Bukhari terserlah sejak kecil lagi. Ini mungkin berkat didikan kedua ibu bapanya yang juga orang-orang soleh. Imam Bukhari tidak pernah memakan makanan yang syubhat dan haram. Ketika usianya belum pun 10 tahun, beliau telah menghafal ribuan hadis lengkap dengan urutan sanadnya. Biasanya beliau hanya mendengar apa yang diajar oleh gurunya, sedangkan teman-temannya yang lain sibuk mencatat.
|
Posted by admin on Friday, October 03 @ 03:57:21 EDT
|
|
|
| Sains dan Teknologi: KOMET MELANGGAR DUNIA 2012? |

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini aku terbaca bermacam teori tentang Hari Kiamat oleh pengkaji-pengkaji barat. Doomsday, Judgement Day atau apa sahaja perkaitannya telah hangat di perbincangkan kebelakangan ini. Teori-teori oleh saintist barat yang kebanyakkannya berkepercayaan Kristian (Protestant) berbalah pendapat dengan Catholic. Saintist yang lebih bersikap liberal dan moden cenderung kepada Kristian baru (Protestant) merangkakan Tahun 2012 sebagai hari akhir zaman bakal meletus. Aku sebagai seorang islam percaya hari kiamat boleh berlaku bila-bila masa. Tuhan sudah memberi banyak maklumat tentang kedatangannya. *****a tiada tarikh yang di berikan. Kita sebagai seorang islam wajib percaya tentang kiamat tetapi tidak perlu untuk menentukan bila tarikhnya kerana hanya tuhan yang menentukannya.
|
Posted by admin on Friday, September 26 @ 04:25:19 EDT
|
|
|
|  |
|